Hampir 35K penonton internet tonton Kuliyah UAI

Hye peeps ! Kecoh di internet tentang peminat Ustaz Ahzar Idrus cakap pergi AJL murtad. Betul atau tidak, itu wallahualam. Aku hanya baca di salah satu blog biasa-biasa jek.

Pada 29hb hari tu rupa-rupanya telah berlangsung 2 majlis iaitu AJL ke-26 dan Kuliyah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Bukan nak cakap pasal AJL tapi nak cerita pasal Kuliyah UAI di Shah Alam.



Alhamdulillah, Kuliyah tersebut mendapat sambutan yang baik terutama di kalangan muda. Dimaklumkan lebih 30,000 jemaah hadir ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan seramai 35,000 orang lagi menyaksikan live dari internet.



Ustaz Azhar Idrus kini menjadi satu fenomena terutama sekali di kalangan anak-anak muda yang inginkan maklumat mengenai agama.



Orang ramai hadir seawal jam 5 petang untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Suasana di perkarangan masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz penuh sesak. Anak muda berderetan masuk kedalam masjid untuk mendapatkan tempat di dalam masjid sebelum kuliyah bermula. Kuliyah bermula sebaik sahaja selesai solat Maghrib.



suka bila tengok golongan muda beramai-ramai pergi menuntut ilmu di majlis agama. Zaman sekarang susah nak lihat golongan muda pergi majlis agama. Semoga kuliyah ini diteruskan agar dapat menarik lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid.



Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

Comments

  1. Memang bagus majlis-majlis seperti ini. Banyak pengisian2 keimanan untuk mengukuhkan pengabdian kita kepada Illahi. Tapi bagi pandangan saya, tak salah sekali-sekala kita berhibur. Hiburan juga adalah vital untuk kita semua. Dan kita tidak boleh lari dengan fakta itu. Hiburan bertindak sebagai pelengkap kehidupan. Memang yang akan ada mengatakan hiburan membawa banyak unsur negatif, tetapi janganlah kita hanya memandang pada aspek itu sahaja. ambil yang jernih, buanglah yang keruh. Yang elok kita simpan, yang kurang jadikan sempadan. Sekadar komentar.

    ReplyDelete
  2. aku sokong korang berdua. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer