15 sebab turunnya bala'
Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud :
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala' pasti akan turun keatas mereka iaitu :
1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
3. Zakat dijadikan denda atau hutang.
4. Orang lelaki taat pada isteri (dayus)..
5. (dan) menderhakai ibu sendiri.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman...
7. (dan) berkeras dengan bapa sendiri.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid (kerana bertengkar).
9. Orang yang paling hina (dengan kejahatan) di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
10. Seseorang dimuliakan kerana takutkan kejahatannya.
11. Arak diminum berleluasa.
12. Ramai kaum lelaki memakai sutera.
13. Penyanyi-penyanyi wanita disanjung tinggi dan dipuja.
14. Banyak jenis muzik dimainkan dan hiburan dipuja.
15. Apabila umat Islam kini menyalah-nyalahkan umat Islam terdahulu.
Maka pada saat itu tunggulah bala' yang akan menimpa dalam bentuk angin merah membakar atau gerak gempa yang memusnahkan"
(Riwayat At-Tirmidzi)
Comments
Post a Comment
Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)