Permohonan Bantuan IPTA Tahun 2012



Tahniah kepada semua anak Johor yang telah berjaya ditawarkan tempat di IPTA bagi kemasukan sesi akademik 2012/2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Islam Johor (PIJ) ada menyediakan Bantuan Persediaan Pelajar ke IPTA untuk anak jati Johor yang akan mendaftarkan diri di IPTA bagi kemasukan tahun 2012.

Permohonan dibuka sekarang sehingga Disember.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

1. Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor (menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor)

2. Pemohon merupakan tahun pertama pengajian dan bukan dikalangan yang sudah/sedang menuntut.

3. Pemohon ialah calon yang mengambil kursus Ijazah/Diploma pertama secara sepenuh masa di IPTA sahaja.

4. Pelajar Politeknik dan matrikulasi tidak layak untuk momohon.

5. Pendapatan kasar bulanan keluarga pemohon RM3,000.00 dan ke bawah serta mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang tanggungan yang masih bersekolah sama ada di sekolah Rendah / Menengah / IPTA.

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh PIJ yang boleh didapati di http://www.pij.gov.my/borg_IPTA.pdf 

Borang yang telah lengkap diisi segala butirannya beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat:
PERBADANAN ISLAM JOHOR
(Bahagian Pembangunan Insan)
Aras 6, Bangunan PERISIND
No. 8, Jalan bukit Timbalan
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2277611/ 2276197
Faks : 07-2272991
Laman web : http://www.pij.gov.my/

Comments

  1. AnonymousJuly 19, 2012

    ur s.box tk kua npe ek. dh reload byk kli. btw, sy follow sni :D

    ReplyDelete
  2. semangat johor nih! hehe.

    Selamat berpuasa! :D

    ReplyDelete
  3. singgah balik and follow

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer