1/22/12

Proud with Loo Jo Yee



hye u alls ! petang tadi aku ada la buka tv alhijrah dan masa tu rancangan 4 hidayah 4 hijrah. Mesti korang dah tengok cerita tu ?

Ok lah, aku nak kongsi cerita sikit tentang salah seorang jemputan rancangan 4 hidayah 4 hijrah untuk menceritakan kisah beliau iaitu Loo Jo Yee. Jom tengok gambar beliau dulu.


Loo Jo Yee disebelah kanan tu. Comelkan orang nya ? Mari kita kongsi cerita beliau. Nama Islam beliau tak dapat dikesan ya. :) Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Kurang tak boleh tau !

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi disebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membangkang hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarga beliau.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui 2 peristiwa. Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-II Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-II. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-II Islam untuk masuk agama Kristian.

Untuk berdebat dengan rakan-II, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau dipercayai mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau kerana beliau masih muda lagi ketika itu.

Rakan-II Islam beliau telah banyak encourage beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan surrender kepada Allah.

Keesokan harinya, beliau menjalani medical check-up dan doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah.

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah taala untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-II sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-II yang seusia dengan cara tersendiri.

p/s: Harap kita dapat iktibar dari kisah Loo Jo Yee. Sangat bangga dengan beliau kerana beliau percaya bahawa Allah itu wujud. :)

6 comments:

  1. lihat hidayah Allah berikan pada dia.. Alhamdulillah.. bertambah umat Islam.. hidayah mmg kurniaan Allah namun usaha mncari itu perlu drpd kte demi mcapai redha Allah dunia dan akhrt.. Insya-Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah, mari kita jadikan sebagai inspirasi untuk lebih kuat mencari redha Ilahi. :)

      Delete
  2. Replies
    1. mari kita berdoa supaya beliau dpt tempuh dugaan dengan sabar. :)

      Delete
  3. ya Allah...walaupun dh tawu kisah die tp bile bace entry ni meremang bulu roma..hidayah itu hanya milik Allah..semoge kite terus diberikan hidayah olehNya

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...