Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 3
Okay kita sambung balik cerita pasal Gunung Datuk, cerita sampai aku naik tangga kedua, kami sampai di checkpoint 2 dalam pukul 5:30 pagi. Jadi, masa tu keadaan sekeliling masih lagi gelap. Itu yang buatkan aku seram sejuk nak panjat tangga tu. Tapi terpaksa lah juga aku panjat, serius! memang menggigil kepala lutut ni. Bila dah separuh tangga, kaki kiri aku cramp, hanya Tuhan yang tahu betapa sakit nya bila kena cramp ni. Aku terpaksa peluk tangga tu sebab aku takut kaki kanan aku jugak cramp. Nanti tak pasal-pasal aku boleh jatuh tergolek mcm nangka busuk.
Gambar dekat atas ini lah tangga kedua yang seram banget.
Dekat 10 minit lah jugak aku dekat tangga tu sebab memang tak boleh nak bergerak, kaki tak boleh bengkok masa tu. Tapi lepas dah kurang cramp, aku cuba panjat lagi walaupun sakit tu tetap ada lagi. Panjat punya panjat, tiba-tiba botol mineral aku terjatuh jauh masuk celah batu besar. Punya lah terkejut dibuatnya, dah lah itu je mineral yang aku ada. Beg tak ikat kuat, itu yg terkeluar dari beg.
Bila dah sampai hujung tangga, akan nampak tali panjang, kena pegang tali tu sebab batu dekat tangga tu macam bulat, tak rata. So, takut tergelincir nanti.dah sampai atas batu tu, kaki kanan pulak yang cramp. Tak sempat nk berdiri, aku dh meniarap atas batu sambil pegang tali disebabkan cramp tu aku tak boleh bergerak. Sadis sungguh aku waktu tu. Meniarap atas batu dalam 5 minit. Huhuhu =(
Kawasan batu kedua ni besar la jugak, boleh muat lebih 10 orang. Sampai je, kami terus segerakan solat subuh dengan berwuduk kan air mineral. Tapi air mineral aku dah terjatuh 'gaung', terpaksalah aku share air dengan Amar. Waktu ni memang sejuk giler..
Ini kawasan batu kedua, kami mampu sampai sini ja.... |
Sempat lagi tidur ka? |
Peace yo! |
Okay. Dah sampai puncak ni lah baru masing-masing keluarkan handphone. Selfie sana, selfie sini. Ada yang baring atas batu, ada yang bersila, ada yang bersandar dekat tangga, belum lagi yang bergambar sambil naik tangga, turun tangga pun snap gambar. Macam-macam aksi. Aku simple je, selfie tunjuk peace. done! hahaha
Actually, ada tangga ketiga selepas tangga kedua. Batu ketiga tu lagi besar daripada batu yang kedua. Aku tak berani nak panjat lagi. Cukup lah dengan tangga kedua ni. Aku takut nak panjat lagi. Ramai jugak officemate aku panjat tapi ada juga yang tak berani nak panjat. Batu kedua ni pun dah cukup bermakna bagi kami. ;)
Lama jugak la kami melepak atas tu, hilangkan penat sekejap. Tak lama lepas tu dalam pukul 8:30 pagi, kami dah bergerak turun menuju ke kaki gunung.
Ini tangga ketiga menuju ke batu ketiga diatas |
Alhamdulillah. Kami sampai di kaki bukit dalam pukul 10:30 pagi. En.Umar memang plan nak belanja minum pagi tu lepas turun bawah, tapi aku dengan amar tak join sebab dah terlampau penat plus kaki sakit. Dah tak mampu lagi nak berjalan. Jadi, kami terlelap dalam kereta. Sedar- sedar je, budak-budak ni gigih ketuk-ketuk tingkap sebab kami tak sedar. Terlampau penat kononnyaa.
Lepas tu kami bergerak pulang ke Melaka. Terima kasih En.Umar anjurkan ekspedisi mendaki Gunung Datuk ni, memang jadi memori untuk diceritakan dekat anak cucu nanti. hehehehe
Okay, lepas ni gunung apa ye?? X_X
Team Tuffah Informatics |
Comments
Post a Comment
Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)