Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 1



Alhamdulillah, sekarang aku sudah menjalani latihan industri di satu syarikat IT di MiTC. Syarikat Tuffah Informatics yang diketuai oleh Encik Umar Mukhtar. Dia lah bos dalam Tuffah dan merupakan alumni UTEM. Aku dapat tahu pasal Tuffah ni pun daripada Hatta, kawan sekolah aku. Dia pernah jumpa Encik Umar dalam kursus Infosys dan Hatta juga pernah latihan industri di Tuffah. Sekarang Hatta dah jadi staff Tuffah. So, sekarang ni aku dengan Amar pun LI dekat Tuffah Informatics.

Kami mula LI dalam 24 Ogos hingga 8 Januari 2016. Insha Allah, tolong lah doakan supaya kami cepat-cepat grad. :)

Okay, aku nak bercerita pasal benda lain sebenarnya. Cerita pasal mendaki Gunung Datuk dekat Rembau, Negeri Sembilan. Rembau most wanted yoooo!!



Expedisi ini pun dianjurkan oleh bos aku sendiri, Encik Umar. Dia nak wujudkan aktiviti sihat dikalangan pekerja dia. Dia tak nak lah kita ni asyik mengadap laptop/komputer je setiap masa. Tak nak lah jadi anti sosial pulak. Kalau boleh, selain programming skill yang dah ada ni. Kita tambah dengan skill-skill lain seperti skill komunikasi. Setiap minggu pun dia akan tempah badminton court untuk kita semua main. Bagi exercise sikit, buang lemak tu sikit. Dah banyak benau.

Okay balik semula topik kita, aku pun tak confident jugak sebenarnya, aku mampu ke nak naik sampai atas? boleh ke aku buat? Aku pun tak ingat, aku pernah ke naik gunung sebelum ni? Seingat aku, setakat Bukit Treh,Muar je aku pernah naik. Nak kata Gunung Ledang, kawasan bawah je aku sampai. Fikir-fikir balik, apa salahnya aku cuba daki Gunung. Oleh itu, aku pun sahut cabaran mendaki.

Sebelum tu, dalam 2 3 hari lah jugak aku sibuk jadi stalker dalam instagram. Search #gunungdatuk. Lepas tu scroll tengok semua gambar. Itu yang buat rasa sekejap excited, sekejap nervous. Memang feel tu bercampur aduk.


Persiapan memang aku buat sehabis baik. Siap beli glove, beli spray serangga, bwk sejadah, kain pelikat, beli torchlight, dengan tuala kecil, baju dan seluar track suit 'spare'. Beg memang besar. Mengalahkan nak bermalam 2 3 hari dekat atas puncak gamaknya. Bersemangat nak bawak beg besar sampai ke puncak Gunung Datuk.

Special expedisi ni adalah, kami mendaki waktu malam. Aku akan cerita mendaki waktu malam dalam next post. Cerita panjang lagi nih. So, nanti kita to-be-koce. Bye

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer