Konvo & Rezeki
Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah taala.
Lagi berapa hari je nk masuk bulan November 2016. Dalam bulan 11, ada hari yang akan menjadi kenangan manis dalam hidup aku.
Aku bakal dianugerahkan ijazah sarjana muda UiTM. Alhamdulillah. Aku happy sangat-sangat bercampur nervous pun ada. Tapi disebabkan aku pernah konvo utk diploma. So, tak lah takut sangat nak konvo utk ijazah ni.
Aku akan konvo dekat uitm alor gajah. Kalau sebelum ni, konvo dkt uitm shah alam. Awal pagi jugak lah keluarga aku gerak dari Muar.
Sekarang konvo dkt melaka je. So, dekat sangat dgn Muar. Suasana mungkin sama cuma tempat saja yang berbeza.
Tak sabar jugak nak jumpa kawan-kawan kelas. Kawan yang jadi tempat bergaduh, suka, duka. Macam-macam jenis perangai akan kita jumpa bila dalam hubungan berkawan ni.
Dah setahun jugak la tak jumpa diorang semua. Macam mana lah rupa masing-masing. Mesti dah berbeza. Dah matang da semuanya 😂
Masing-masing pun dah bekerjaya. Alhamdulillah. Gembira tengok diorang dgn kerja masing-masing.
Kadang-kadang cemburu juga tengok diorang dengan kerja yang setimpal dengan pelajaran. Gaji berbaloi sangat-sangat. Ye laa, aku ni kerja biasa je. Tak ada lah besar sangat gajinya tapi alhamdulillah. Aku bersyukur. Aku yang pilih jalan ni. Jadi, aku kena lah terima seadanya.
Aku tulis ni idea bercampur. Apa yang aku fikir, aku akan cerita je dkt sini.
Aku baru terfikir, usaha tangga kejayaan. Itu memang betul. Memang tak dinafikan. Siapa yang berusaha, dia akan berjaya.
Zaman sekolah, kurang pandai. SPM pun takat lulus saja. Tak ada cemerlang. Aku ramai je kawan mcm ni. Tapi, bila je masuk universiti. Masha Allah, CGPA diorang lah yang mencanak tinggi. Result gempak-gempak semuanya.
Aku pulak jenis terbalik. Zaman sekolah cemerlang. Tapi bila masuk universiti, jatuh tersungkur. Tapi aku bangun balik atas bantuan sahabat yang sanggup bantu aku. Terima kasih my friend.
Ada juga, aku tengok yang jenis cakap tak boleh buat. Tak pandai itu ini. Tapi bila masuk alam pekerjaan, dapat kerja bagus. Gaji besar. Hatta ada cakap, itu semua rezeki. Allah taala yang bagi. Allah nak bagi, kita terima dengan penuh bersyukur.
besnya dpt bljar tngi2.,
ReplyDeletecm aku ni umur da bnyak bru la nyesal knpa xskolh rajin2., huhu
rezeki masing2 kn.,
kita usaha jer.,
tak pe bro, rezeki allah nak bagi. tak semestinya yang tak belajar , tak boleh berjaya. malah ada yang lebih berjaya drpd org yg belajar tinggi. :)
Delete