Pages

6/5/16

Puasa Zaman Sekolah

Lagi berapa hari je kita nak masuk bulan Ramadhan. Siapa yg ponteng puasa lepas dh ganti ke belum? Hehehehe

Bila dah masuk alam kerja ni, boleh pulak teringat kenangan puasa di zaman sekolah dgn zaman universiti.

Kalau ingat balik, mmg boleh tersenyum sorang2. Hihihihi

Nak cerita zaman sekolah dulu. Zaman duduk asrama lah paling best.

Aku duduk asrama 2 tahun dkt kluang. Terawih mmg tak miss setiap mlm. Paling kurang 8 rakaat. Lepas tu, prep sekejap. Then masuk tidur. Time subuh ni paling best sebab kalau aku dgn dormmate dengar je bunyi loceng. Celik je mata, bingkas bangun berlari pergi DM (dewan makan). Tuju ke sinki dulu. Basuh tangan, basuh muka, kumur2 terus beratur ambil lauk.

Buat mcm gitu, sbb malas nak kena beratur panjang nanti. Dh la beratur, nnti makan lambat. Lepas makan dh boleh sambung tidur. Hahaha

Waktu form 4 lagi la celaka, bila senior form 5 ni potong queue. Time tu mmg makian je le yg keluar dari mulut. Huhuhu

Apa ni maki2 bulan puasa. Berkurang pahalanyaa. Jangan ikut ye perangai mcm ni adk2 ku. Hihihi

Menu sahur dkt asrama biasa2 je. Tapi bagi aku sedap, mungkin sbb aku jenis kuat mkn. Hahaha. Rasanya aku tak pernah miss sahur. Kahkakahkah

Time berbuka pulak, mmg kena beratur panjang sbb ada bdk yg pukul 5 dh standby depan DM.

Kitorang ni jenis mandi lambat2. So terhegeh hegeh ambil makan sbb kalau ambil awal2 nanti tersiksa jiwa batin, tak tahan nak makan. Hahahaha

Time berbuka air sejuk paling best. Ye laa, time berbuka jek la nak merasa air sejuk. Bersahur dh teh o suam.

Berbuka serentak dgn perempuan. Tapi duduk tak boleh campur. Kena asing. Jadi kalau yg ber-couple, ber-skandal tu akan duduk mengadap konon tapi meja lain. So sawwwiittttt kan. *tangan dibahu,mata keatas* hahaha

Biasanya meja depan, senior yg duduk. So, junior ni duduk lah belakang dkt celah2 mana yg boleh duduk.

So, itu waktu form 4. Bila masuk form 5. Aku jadi senior mcm yg aku cerita ni. Hahahha. Balas dendam namanyaaa. Hehehe

Tiba2 aku teringat menu nasi dgn ayam siap ada papadom. Waaaaaaa! Lapar la pulak.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)