3/19/16

Blog dah bersawang

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak buka blog kesayangan ni, lepas praktikal terus senyap je. Tak ada update apa-apa dalam blog ni.

Alhamdulillah, 8 Januari aku sudah tamat latihan industri dekat Tuffah Informatics. Settle siapkan report terus hantar dkt SV lecturer, Miss Fadzlin Ahmadon dengan KP LI, lupa pulak nama dia. Terima kasih la pada mereka berdua sebab dah luluskan internship aku. Love u both. Muahahaha <3

So, sekarang ni aku dah officially graduate. Cuma tak konvo je lagi. Entah bila lah konvo tu nanti. Jangan la berharap sangat.. Keep calm and lets goyang punggung ;)

Malas lah nak cerita apa yang aku buat lepas je habis praktikal sampai sekarang ni. Kalau aku rajin, aku cerita dekat next post ye.

Tapi sekarang, kalau boleh aku nak aktif berblogging semula. Aku dah cari apps apa yang memudahkan aku nak update blog tru handphone je.

Anddddd aku dah jumpa app tu. Nama app tu Blogaway for Android. Aku harap app ni sangat berguna untuk aku update.

Okay lah. Hari ni Sabtu, 19 Januari akan release-nya Kurung Eva dari Glory Collection. Aku pulak yang excited, tasaaaabbbaaarrrrr nak layan customer isnin nanti. Hahahaha

Nampak tak aku ni contoh pekerja yang berdedikasi. >_<

Kenapa tak saabbbaarrrr pulak kan? Nanti aku cerita lagi yer :)

Aku dah cuba-try-test post 1 entry. Nampaknya ia terus update..


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...