4 Golongan Yang Tidak Dipandang Allah Di Malam Lailatul Qadr
..............................................................
Golongan pertama ialah golongan orang yang minum arak dan tidak ada sedikit rasa untuk bertaubat kepada Allah. Kenapa orang yang minum arak tergolong dalam kalangan ini adalah kerana meminum arak itu adalah kunci segala perbuatan jahat, memang mudah melakukan perkara mungkar.
Orang yang minum arak akan rugi kerana pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari. Jadi bayangkan la itu untuk hari-hari biasa. Inikan pula malam lailatul qadar.
..............................................................
Golongan kedua ialah golongan anak derhaka kepada kedua ibu bapanya. Di dalam Islam peranan ibu bapa adalah sangat besar, anak-anak wajib mentaati kedua ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. seorang anak tidak akan mendapat keredhaan Allah taala, sebelum mendapat redha dari ibu bapanya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)
Kita kena sedar pada hakikatnya tanpa ibu bapa, siapa la kita sebenarnya.Jadi, cepat-cepat la minta maaf dengan ibu bapa atas salah silap yang mungkin kita anggap kecil tapi pada ibu bapa kita tak tahu apa perasaan mereka.
..............................................................
Golongan ketiga ialah mereka yang tidak bertegur sapa saudaranya hingga lebih 3 hari. Andai ada permusuhan atau tidak puas hati antara kawan-kawan, ipar duai, sedara mara. Cepat-cepat la minta maaf.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka." (Riwayat Muslim)
..............................................................
Golongan keempat ialah manusia yang memutuskan hubungan silaturrahim. Kesempurnaan iman seseorang didukung oleh banyak faktor, tidak hanya setakat beriman kepada Allah taala, bahkan hubungan sesama insan juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman seseorang.Islam menekankan aspek menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim akan memberikan risiko yang amat besar bukan setakat didunia malah di akhirat kelak.
Rasulullah SAWbersabda maksudnya : "Siapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
..............................................................
Mari cari redha Ilahi, Moga Allah merahmati.
thanks for da information...
ReplyDeletesekarang tau dah. tq :)
ReplyDeletewelcome. sama-sama berkongsi ilmu :]
ReplyDeleteterima kasih sbb bagitaw Nurrul ^^
ReplyDelete