8/9/12

Nasib Atlet Kanak-Kanak China


Disebabkan kebosanan, mata terkebil-kebil tak nak tidur lagi. Sambil nak layan mata ni tak boleh tidur, layan youtube la sekejap.

Saja-saja buka pasal olimpik London, terklik la pulak pasal atlet kanak-kanak China. Mesti korang dah tahukan pasal kanak-kanak China yang dilatih dengan 'kejam'. Aku rasa perkataan 'kejam' tu sangat sesuai dengan coaches mereka.


Aku tak tahu la kenapa malam ni aku tengok video kejam tu, tiba-tiba rasa sedih pulak dengan kanak-kanak seawal 4 dan 5 tahun yang sepatutnya pada zaman kanak-kanak inilah bersuka ria, berkasih sayang sesama keluarga dan kawan-kawan. Mencari, berkongsi pengalaman baru untuk dijadikan kenangan bila dewasa nanti, tapi semua ini tidak sama dengan nasib kanak-kanak di China sana.

Kebanyakan kanak-kanak ini di hantar oleh keluarga mereka sendiri, adalah untuk mengubah nasib keluarga mereka. Bayangkan sejak kecil lagi, tanggungjawab untuk mengubah keluarga telah diletakkan dibahu mereka.

Memang aku rasa sebak bila tengok anak kecil ni, walaupun dalam keadaan menangis sekalipun mereka tetap jalankan latihan. Kita mungkin tak tahu apa maksud air mata yang mengalir. Tapi kita boleh fikir sendiri, sama ada air mata itu tanda kegembiraan atau kesakitan yang dialami nya. Walaupun bukan seagama, tapi disebabkan rasa belas kasihan sesama manusia itu tetap ada.


Bila tengok anak-anak kecil, teringat pulak adik kecil dekat rumah, tak sanggup rasanya nak buat begitu dengan dia. Ramai jugak yang berpendapat memang patut anak kecil itu dilatih begitu sebab melentur biarlah dari rebung nya. Aku memang setuju dengan pendapat tersebut tetapi rasanya itu dah terlebih melentur. Boleh jadi patah pulak dibuatnya.

Rasa sakit hati pulak dengan coaches nya, dengan tak ada belas kasihan. Sanggup pijak, tendang, maki herdik anak kecil tu hanya untuk melahirkan atlet bertaraf dunia. Tak salah tapi berpada-pada la. Rasa nak sepak terajang aje coaches diorang.

 

Bila fikirkan balik, mungkin memang nasib mereka dah macam itu..Semoga semangat mereka lebih kuat untuk menempuh kezaliman yang bakal dihadapi oleh mereka hingga mengenggam emas yang menjadi matlamat utama mereka.

Maaf la malam ni ter-emosional pulak..Poyokan aku ni. Apa-apa pun, sesiapa yang dah 'ter' baca tuu. terima kasih le sudi baca luahan isi hati aku ni. ahakssss!

1 comment:

  1. saye dah terbace..haha..hm..pity with them too..but we're far for thousand miles away...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...