Persiapan Majlis Pertunangan
Sejak 2 minggu yang lepas, keluarga aku sangat sibuk. Bukan sibuk sambut raya, sibuk dengan persiapan untuk majlis pertunangan adik perempuan aku. Lagi 4 hari sahaja majlis pertunangan tu akan berlangsung. Keluarga pihak perempuan memang nervous la especially keluarga aku dan adik sendiri lagi nervous tahap gaban..
Kalau dikutkan, majlis dibuat dalam serba sederhana sahaja. Tapi kita pun tak tahu lagi, bilangan tetap jemputan yang bakal hadir sebab tetamu terdiri sedara mara, sahabat handai dan jiran tetangga..
Tugas pun telah diagihkan, mak abah aku bahagian makanan. Rancang macam banyak beno menu yang nak di masak..Tak risau sangat bab masak ni sebab sedara mara memang master dalam masak-masak ni.
Sekarang abah sibuk dok mencari udang pengantin. Al maklum la kan, abah aku ni kaki pancing. Siang kerja gomen, malam kaki pancing..hari-hari makan seafood! :)
Aku bahagian decoration,.bukan decoration sangat pun. Tak ada pelamin pun, nak buat simple. Just duduk dalam bilik. Pandai-pandai la mak mentua masuk, sarung cincin..Tak ada masa nak buat pelamin. buat macam zaman dulu aje..nostalgia sikit! Bilik, meja solek masih menggunakan mak aku punya . Turun temurun kata mak aku..
Majlis ni tak dibuat di rumah aku sendiri, tapi diadakan di kampung sebelah emak aku..Rumah aku kurang sesuai sebab agak sempit sedikit. Bila kaum kerabat masuk pun, lutut bertemu lutut.. apa lagi kalau pihak lelaki datang siap dengan hantaran sekali..
Ini 1st time buat majlis pertunangan dalam keluarga aku. Untung la adik aku, ramai yang berminat nak jadi sponsor. Macam-macam benda yang nak di-sponsornya..Mengalahkan wedding artis.
Semua dah bertanya apsal aku tak tunang dulu..Langkah bendul katanya..Aku lelaki, belum laku lagi. Lagipun tak kisah sangat dengan adat ni..Kalau ikutkan adat, macam-macam benda aku minta dekat pihak lelaki..ter'kesima' dibuat nya nanti..
Apa-apa pun, memang excited la nak buat majlis macam nih..Masing-masing bersemangat buat kerja..Semoga majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar dengan kehendakNya. Amiin~
same la syieda pun. abang belom kawin lagi, adiknya dah bertunang. takpe, belum sampai jodoh kata abang. biar lepas adik dulu :p
ReplyDelete