Info Tentang PTPTN
Assalamualaikum
Aku ada sedikit info mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menjadi buah propaganda beberapa bulan lepas, Jom kita baca info tentang PTPTN. :]
Sejak penubuhan PTPTN pada tahun 1997, PTPTN telah berjaya membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan kewangan daripada kerajaan melalui PTPTN, segala masalah kewangan yang anda mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali.
Apa yang anda perlu tahu tentang PTPTN? Antaranya adalah :
Pada tahun 2011 sahaja, PTPTN telah membantu seramai 227,209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Apabila anda memohon pinjaman PTPTN, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di IPT. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya.
Untuk makluman semua, pinjaman PTPTN hanya mengenakan kadar upah sebanyak 1% sahaja.
Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah pihak PTPTN hanay mampu mengutip 10% sahaja adalah tidak benar.
Kerajaan Malaysia juga memberi subsidi yuran pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran yang dibayar hanya 9.2% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh kerajaan!
Pendidikan Percuna yang dikatakan di Finland adalah melalui kadar cukai pendapatan yang tinggi. Mereka terpaksa membayar cukai sehingga 53%.
Sebenarnya Turki tidak menawarkan pendidikan percuma sehingga tahap tertiari. Apa yang ditawarkan secara percuma di Turki hanyalah pendidikan sehingga gred 12. Oleh itu, sila guna peluang yang sedia ada ini untuk memastikan kejayaan anda terjamin.
Sekarang anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan perbelanjaan hidup kerana PTPTN sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa depan serta kejayaan anda terjamin. Sila kunjungi laman web rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my untuk keterangan yang lebih lanjut.

bagus betul
ReplyDeleteinfo lengkap