Minggu Sains Teknologi & ICT di Persada JB



Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah menganjurkan Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor (MISTI Johor) dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan pada 19-25 Jun 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Banyak aktiviti yang telah diadakan diantaranya Pertandingan Rekacipta, Pertandingan Jejak Sains Johor dan Pertandingan Mewarna, Seminar Falak, Pertandingan Robotik peringkat negeri dan banyak lagi aktiviti yang ada sepanjang karnival diadakan.


Tarikan utama dalam karnival ini adalah kehadiran angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed dan kereta lumba Formula 1 Petronas. Dr Faiz akan berada disana bagi menyampaikan seminar manakala kereta Formula 1 Petronas itu pula dipamerkan sepanjang seminggu karnival berlangsung.


Mari kita beramai-ramai berkunjung ke Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor. Boleh bawak anak-anak sekali, kenalkan dengan dunia sains dan teknologi yang semakin moden ni. Tak rugi korang pergi  ke karnival bersama family, kawan-kawan. Aku dah pergi dah hari ni, memang enjoy sangat-sangat. Lepas ni, insyaAllah nanti aku akan post gambar-gambar aku sepanjang melawat di sana. :)


Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer