Nikmat Umur
Selepas menonton dikir zikir yang mengutarakan tajuk 'nikmat umur', umur umat ini terlalu singkat, sekitar 60-70 tahun majoritinya. Ada juga yang mencapai lebih sedikit daripada itu, namun jumlahnya tidak banyak.
Bahkan Nabi Muhammad S.A.W sendiri,kembali kepada Allah ketika umur 63 tahun. Singkatnya umur manusia zaman ini.
Jika ditakdirkan kita mati ketika umur 63 tahun ditolak kan dengan umur kita sekarang ini, sebagai contoh 63 - 21 = 42 tahun. 42 tahun lagi kita akan mengadap mati, rasanya tidak lama jika kita leka dengan duniawi. Adakah sudah cukup amalam-amalan baik kita untuk dihadapkan kepada Allah taala ?
Singkatnya umur umat zaman ini, tidak bermaksud tipisnya peluang untuk mendapatkan ganjaran yang banyak seperti umat terdahulu.
Bahkan, Allah telah menjanjikan kepada hambaNya ganjaran yang berkali ganda hebatnya berbanding umat terdahulu.
1 KEBAIKAN = 10 PAHALA
NIAT BUAT BAIK = 1 PAHALA
Sabda Rasulullah S.A.W
Siapa yang berazam untuk melakukan kebaikan tetapi tidak membuatnya, maka Allah telah mengetahui bahawasanya hatinya sudah merasai (untuk melakukan kebaikan) dan sangat bersungguh-sungguh keatasnya, ditulis 1 kebaikan dan siapa yang berazam untuk melakukan kejahatan akan tetapi tidak melakukannya, tidak ditulis keatas dirinya dan siapa yang melakukan (kejahatan), ditulis keatas dirinya 1 kejahatan tanpa digandakannya (dosa) dan siapa yang melakukan 1 kebaikan, baginya 10 kali ganda. Riwayat imam at-tirmizi dan an-nasai
Ini baru ganjaran untuk 1 amalan kebaikan, belum dikira lagi ganjaran yang Allah berikan ketika dibulan Ramadhan seperti malam Lailatul Qadar, berpuasa yang mempunyai ganjaran berlipat ganda malahan ganjaran membaca Al-Quran, 1 huruf bersamaan 10. Membaca basmalah sahaja sudah mendapat 190 ganjaran. Apa lagi jika ditambahkan dengan membaca surah dan ayat tertentu.
Baiknya Allah kepada kita, tetapi adakah kita telah memanfaatkannya ?
Sebenarnya, dengan umur yang sesingkat ini, kita boleh mendapatkan kebahagiaan yang berkekalan lamanya untuk kehidupan kita yang lebih lama dialama seterusnya. Namun, dengan umur sesingkat ini jugalah, kita bakal derita selama-lamanya di alam seterusnya itu. Bagaimana mendapat BAHAGIA selama-lamanya.
Tidak salah jika kita memohon kepada Allah taala untuk memanjangkan umur kita. Tetapi jika Allah perkenankan doa kita dan adakah kita telah menggunakan umur yang diberi oleh Allah untuk melakukan kebaikan? Jika kita lihat, manusia zaman ini dengan dikurniakan nikmat umur yang panjang, sihat tubuh badan tetapi banyak melakukan maksiat.
Orang yang bijak adalah orang yang pandai merancang umurnya. Nabi S.A.W pernah bersabda :
Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiada mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.Umur kita tidak panjang. Kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masuh kurniakan peluang untuk terus hidup, manfaatkan lah.
Segeralah untuk melakukan kebaikan hari ini, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi esok untuk kita?
Mari kita bermuhasabah diri, sepanjang kita hidup ini. Adakah telah cukup segala amalan kita ?. adakah telah sempurna segala ibadah kita ?
Jangan ditangguh, hayat untuk beramal hanya sekali, sekejap sahaja. janganlah kita sia-siakan. Jika disini kita manfaatkan, maka bahagia menunggu kita di sana...
Jom singgah blog diorang.
btl tue..bl dipk singkat je umur kn ^__^
ReplyDeletekdg2 kte perlukan org2 sekeliling kte untuk ingtkan dri untuk mmbuat kebaikan..
ReplyDeleteyelaahh kan, kte ni manusia. mudah terlupa.