Pages

10/3/12

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik



Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 dibuka mulai
24 September 2012.


CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

     i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

    ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)

KEMUDAHAN ASRAMA

Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.

SYARAT MEMOHON

1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.

2. Kesihatan

    i. Sihat tubuh badan

  ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.

3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

SENARAI KOLEJ / SEKOLAH

Maklumat lanjut klik sini

3 comments:

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)