Review : Biore Cleansing Strips Pore Pack


Sedang excited mengemas barang-barang untuk segera pulang ke kampung esok, aku baru terjumpa aku punya nose strips yang dah berbulan-bulan tersimpan dalam beg.

Masih dalam kotak lagi, aku memang biasa guna produk biore nih, buat masa ni produk ini paling sesuai dengan kulit wajah ku ini. hahaha

Sesiapa yang ada masalah black/white head tu, sila-sila kan lah pakai Biore Pore Pack. Produk untuk nose strip dari biore ini ada 2 jenis iaitu Biore Pore Pack dan Biore Pore Pack Black. Jadi, ikut citarasa masing-masing kan. Aku lebih prefer kepada jenis black punya. :)



Bukan setakat nak tarik-tarik black head korang tu, dia juga mengandungi Oil Absorbing Powder untuk menyerap minyak.

Memang sangat bagus produk nih, satu kotak ni ada 10 pack dengan harga RM 10.90 sekotak. Produk ni sangat affordable. ♥

Sebelum ni hidung aku selalu rasa gatal. lepas guna produk ni, memang jelas ! Korang boleh rasa perbezaan sebelum dan selepas pakai produk ini,lepas pakai hidung rasa ringan aje. rasa makin mancung pulok hidung ni lepas pakai. ahakssssssss !

Lama jugak la aku pakai nose strips, sambil nak tunggu masa cabut benda alah ni sempat lagi ber-blogwalking dan ini la hasil nya, harap maaf dengan kejijikan gambar disini..maaf, gambar tak berapa jelas..


cuba sendiri dan lihat hasilnya, serious! memang berkesan dengan produk Biore Pore Pack ni. Tak payah pakai mahal, sampai nak beli dekat korea kan.. dekat watson pun ada jugak :)




Comments

  1. sama la....suka yg blacknye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, hitam punya lagi bagus, pelekat dia pun kuat.

      Delete
  2. eh bila baca entry ni,baru teringat pore pack ni. kita pun pakai yg hitam tu

    ReplyDelete
  3. Lin pun pakai biore pore pack ni :)

    ReplyDelete
  4. Wilma pun suka yang hitam ^_^

    ReplyDelete
  5. Yang hitam ne yang lebih power kan .

    ReplyDelete
  6. sy suka yg warna putih :D

    ReplyDelete
  7. wah., bkempen nmpak., hehe., :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tak berkempen pun. just pilih mana yg bagus berdasarkan experience. :)

      Delete
  8. rasa best tengok kalau ada pori-pori melekat. hahahahaha..

    ReplyDelete
  9. Warna putih memang best sebab boleh nampak blackhead dia keluar.. tapi warna hitam memang power!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer