Selamat Tahun Baru 2013


Lagi beberapa jam sahaja lagi akan masuk tahun baru 2013. Macam mana dengan azam tahun 2012? dah tercapai atau masih terkapai-kapai lagi?

Kalau tahun lepas, azam tu masih tak dicapai lagi. Baik copy and paste aje azam tu bawa ke tahun baru 2013.

Kalau nak sambut pun, tak payah la nak kebabom sangat. Tahun masihi beriya-iya sambut, terkinja-kinja anak dara dekat tengah padang sambut tahun baru. Kalau tahun hijrah, tak nak pulak sambut macam gitu..

Kita tak nak la, bila kita sambut dengan tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Syaitooon nirrojim pun seronok nak sambut tahun baru. Sebaik-baiknya sambut dengan ahli keluarga dekat depan kaca tv sahaja pun dah cukup meriah rasanya. :]

Insha Allah, dengan izin Allah, untuk tahun baru 2013 ini aku berazam untuk habiskan pengajian dengan cemerlang, selepas habis belajar, berusaha untuk cari kerja dan kumpul duit untuk kesenangan keluarga dan paling utama sekali adalah untuk sempurnakan amal ibadah kepada Allah taala.

Semoga tahun baru ini, akan membawa lebih kemanisan dalam kehidupan untuk menuju ke jalan Allah. Aamiin ya Rabbal alamin.


Comments

  1. selamat tahun baru! Fight untuk semua azam tu tau.Inshaallah boleh :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer