Pages

12/22/12

25 Random Facts About Me


Terima kasih Iema Gurl yang sudi tag aku untuk join '25 Random Facts About Me'. Aku pun tak tahu la siapa yang buat benda alah ni. Memang pecah kepala otak nak fikir apa benda la 25 facts  pasal diri aku ni. Tapi, alhamdulillah siap jugak akhirnya. Ada juga facts yang merepek. :]

1.aku sekarang berumur 21 tahun.
2.baru 3 minggu menjalani latihan praktikal.
3.anak sulung daripada  4 adik beradik
4.aku lebih suka membasuh pinggan berbanding basuh baju..
5.aku seorang yang panas baran
6.aku mind setkan kepala otak aku ni, makan sayur boleh hensem kan muka kita. hahaha
7.aku tak suka suasana yang bising kecuali dalam bilik karok boleh pulak.
8.selalu buka blog tapi tak tahu nak update pasal apa.Tak idea sebenarnya~
9.aku pelajar UiTM Segamat
10.bila aku tidur,aku suka mengadap dinding. sejuk~
11.aku suka baju bersangkut guna hanger dalam almari berbanding baju berlipat dalam almari
12.latihan praktikal ni sangat membosankan sebenarnya.lol
13.badan aku ni makin lama, makin semangat~
14.aku suka jadi pengkritik fesyen orang lain. haha
15.sekarang ni sibuk meng-download series arrow, beauty and the beast dan project runaway all star s2,
16.setiap minggu aku akan download/tonton Running Man HD. :]
17.Aku tak suka bunyi vakum, sakit telinga!
18.mulut aku sangat laser, confirm tersentap noks!
19.aku lebih suka spray berbanding roll-on. hahaha faham tak?
20.aku lebih pentingkan keluarga dahulu, baru benda lain.
21.aku ada kucing jantan yang gatal, makan nak ikan jek. friskies dah tak pandang daa~
22.dah lama tak pandu kereta, asyik naik motosikal jek.
23.kalu baru kenal, orang akan cakap aku pemalu. tapi tidak sebenarnya. hahaha
24.sekarang ni aku ada laptop aspire, sony sola dan motosikal ex5. :P
25.aku buat '25 random facts about me' ni dekat sebelah supervisor aku jek. hahahaha :D

Dia suruh tag 25 orang, mak aihh! ramai giler nak kena tag. Aku tag siapa yang baca entry ini ok. Depends nak buat tak. Suka hati la awk oi. Janji kita enjoy!! ahakssss

bye.

7 comments:

  1. ramainya nk tag...anak sulung sama la kita..

    ReplyDelete
  2. buat dekat sebelah supervisor tu. HAHAHA

    ReplyDelete
  3. saya ingin menganggap saya di tag, sebab saya baca entry nie.. heeeee..

    ReplyDelete
  4. hahaha amboi sebelah supervisor je...rajin betul extract facts huhuu

    ReplyDelete
  5. hahaaha..suke kite membacanya...sure tertag la nie....

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)