Petua Meningkatkan Daya Ingatan Mengikut Sunnah



Banyak aku tengok sekarang ni top searching adalah petua untuk meningkatkan daya ingatan. Mungkin yang kaki search ini mesti terdiri daripada students yang bakal menghadapi peperiksaan akhir especially macam aku ni peperiksaan untuk final semester. Nervous dibuatnya. Subjek pun memang core. :]

Cara yang paling bagus dan boleh menjadi amalan seharian ialah amalan membaca Al-Quran (bagi yang beragama Islam), berpuasa dan bersugi. Kata-kata khalifah terakhir Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin, Saidina Ali Bin Abu Talib r.a.,

 “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”

BERSUGI


Zaman nabi-nabi dulu bersugi dengan menggunakan kayu siwak terutamanya kayu zaitun kerana baunya harum dan dapat menghilang penyakit gigi. Takkanlah tak gosok gigi walaupun sekali dalam sehari kan? Apa kata kalau amalkan bersugi setiap kali sebelum solat, lagi bagus~. Banyak sebenarnya kelebihan bersugi;

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih 
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim ) 

2) Dapat menajamkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.

BERPUASA


Selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, apa kata kita amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis :)

Definisi puasa pula bukannya terhad kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja. "Asal sebut puasa je, tak makan tak minum kira ok lah". Bukan macam tu. Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Bukan setakat itu sahaja, kita juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Penglihatan dan pendengaran kita juga hendaklah dijaga daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilihat dan didengar. Faham??

 Dah tahu cerita-cerita omputih ada yang pakai singkat-singkat, buat apa tengok. Cerita hindustan guling-guling turun bukit nyanyi pakai sari, tak ke kurus puasa kita kalau tengok. Jadi, tukarlah channel. Tengok Jejak Rasul ke, or Astro Oasis, lagi bagus! Dengar ayat-ayat Al-Quran pun lagi better dari dengar lagu ayat-ayat Cinta. :)

  MEMBACA AL-QURAN


 Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Al-Quran adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam.

Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Jadi, carilah kesempatan untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Kalau boleh, amalkan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib. Awal-awal memang susah nak jadikan amalan, tetapi bila dah jadi amalan, sehari tak baca Al-Quran, rasa serba tak kena.

 Dan baca sekali dengan tafsirnya sekali ye. Baru faham apa yang dibaca dan meresap ke dalam jiwa. Jom jadikannya sebagai amalan bermula dari sekarang :)

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w,

”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran."

Comments

  1. thanks ye atas perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  2. BeLLa dan syiela, terima kasih sudi singgah, baca, komen blog aku ni :)

    ReplyDelete
  3. Pengambilan habbatus sauda boleh kuatkan ingatan kita..
    http://www.muslimchoices.com/?p=minsyam_habbatus_sauda

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer