Al Fatihah Untuk Yasmin J Hunwick


First of all, mari kita sedekahkan alfatihah untuk arwah Yasmin Johan, semoga rohnya bersama-sama orang yang beriman. Aamiin.

Terbaca satu artikel selepas rajin ber-blogwalking di tengah pagi buta ni pasal arwah Yasmin Johan atau lebih dikenali dengan nama Yasmin J Hunwick.

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.Rasa sebak dan bersimpati dengan apa yang telah menimpa arwah.

11 Sept 2012 yang lepas merupakan genap 100 hari arwah meninggal dunia pada 3 June 2012.


Biodata Yasmin Johan Eusoff

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-

Sebelum arwah Yasmin meninggal dunia, dia ada meng-upload gambar sebuah buku bertajuk "7 malam pertama di alam kubur" di twitter dan menjadi topik hangat disebabkan gambar itu.



Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun ni . Dalam blognya arwah cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.

Yasmin last post artikel di blognya pada 2 Jun

Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro


LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.

“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.

Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama


Aku pernah terbaca artikel di Metro dan tak sangka rupanya ini tragedi yang menimpa arwah. Sekarang blog arwah , diupdate oleh ibunya sendiri..dimana ibunya menceritakan kisah-kisah semasa hayat arwah Yasmin.. berkongsi suka duka mengenai anak sulungnya.. ibunya juga turut memaparkan entry-entry yang berada di dalam draf (blog) arwah dimana entry tersebut tak sempat di publish oleh arwah..

Blog Yasmin


al fatihah
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.


Allahyarhamah Yasmin Johan
22 February 1995 - 3 June 2012

Comments

  1. alfatihah buat arwah. cantiknya arwah.

    ReplyDelete
  2. takut kan..baca kisah2 cmni..
    semua ni tuk menyedarkan kita..

    ReplyDelete
  3. ohh..no..i mean,how much the price ticket for legoland tu..:)

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah...

    arwah dah merasa beliau akan pergi. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.amin..

    ReplyDelete
  5. al-fatihah..moga yasmin aman di sana..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin