DIY : Veil For Engagement
Alhamdulillah..majlis pertunangan my sis dah selesai..orang ramai sibuk sambut malam merdeka. Kami kaum kerabat sibuk menyambut majlis pertunangan yang penuh gilang gemilang. ceewaaahh!! hahaha :]
Sebelum nak cerita pasal majlis pertunangan ni, nak cerita dulu pasal first time aku buat veil untuk adik aku ni..Excited punya pasal, sanggup ulang alik pergi Jakel dan Nagoya..
Bersyukur sangat akhirnya menjadi jugak veil yang aku buat..Tak sangka dapat siapkan walaupun dah last minute..Tak sampai 5 hari sebelum majlis berlangsung, aku dah siapkan.. :]
Siang malam khusyuk menyiapkan veil tu, mula-mula adik aku konpius sebab baju dah ada tapi veil pulak yang tak ada lagi. Mak andam pun just ambil untuk make up sahaja. Make up sahaja dah RM250. Kalau tambah accessories, lagi tinggi harganya..
Sebelum aku nak buat veil tu, aku banyak review blogger yang bercerita pasal veil handmade..Banyak la sumber aku dapat daripada mereka semua. terima kasih banyak-banyak you ollss!!
Untuk veil yang aku buat ni banyak menggunakan chiffon, mula-mula nak beli kain net jek tapi tergerak nak beli chiffon. Untuk cantikkan aku guna kain lace..
Agak-agak cantik tak bunga tuu?? itu bunga 3d atau poddle flower.. Nak buat bunga tu pun sangat senang. Cuma perlukan 'Kesabaran'. haha :]
Bunga 3d ni banyak gila aku buat, aku penuh kan dekat bahagian atas kepala dan tepi veil. Bahagian depan sahaja aku gunakan kain lace..
Apa-apa pun, aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja aku. Sampaikan mak, cousins aku semua terkejut dengan veil tu. Diorang ingatkan aku beli dekat butik mahal mana pulak.. Sampaikan mak andam nak beriya-iya nak jumpa dengan aku nak berbual pasal veil tapi tak sempat, sibuk sangat masa tuu.. :]
Berbunga-bunga hati aku bila orang ramai memuji veil aku tuuu.. Hohoho
Alhamdulillah! ♥
Berbaloi rasanya bila tengok adik sendiri nampak cantik dengan veil handmade aku tuu.. B)
next entry nanti aku tunjukkan veil yang 100% siap. :]
bye-bye!
cantik2.. :)
ReplyDeleteterima kasih mimie :)
ReplyDeletecantik sgt..
ReplyDeleteterima kasih cikNana :]
ReplyDelete:) did u open d online boutique..d 3D flower is really osem~~i tot d 3D flwr also nice on tudung bawal tooo~~~
ReplyDelete@hazirah kasimon: saya x buka butik pun. just suka2 aje buat poodle flower tuu :]
ReplyDeletesave budget kalau diy. :]
wah~ tp, cmne nk buat yg flower tu? Comel sgt! ;)
ReplyDeletesearch ajee diy bunga 3d @ poddle flower. berlambak tuto keluar nanti :]
ReplyDeleteguna benang apa untuk sulam diantara poddle tu?
ReplyDeletebenang biasa jek..
Delete