Kamera Pantau Sampah di Singapura





KAMERA-KAMERA pemantau akan dipasang di 100 tempat dalam masa tiga bulan akan datang bagi membanteras pembuangan sampah dari tempat tinggi.

Kawasan-kawasan ini mempunyai masalah pembuangan sampah serius yang melibatkan najis, air kencing atau sisa makanan serta menerima maklum balas terbanyak daripada penduduk.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi amaran bahawa mereka yang ditangkap melakukan kesalahan itu menerusi kamera pemantau itu akan didakwa di mahkamah dan kes mereka akan disiarkan kepada pihak awam.

Bahkan, ia boleh mengesan pembuangan sampah sekecil puntung rokok meskipun pada waktu malam.

Sewaktu kajian perintis dijalankan pada tahun lalu, kamera pemantau NEA itu telah 'menangkap' dua orang yang membuang puntung rokok daripada tingkap mereka pada waktu malam.

Di bawah undang-undang, mereka boleh didenda maksimum $1,000, dikenakan Perintah Kerja Pemulihan (CWO) tidak melebihi 12 jam atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Besar Divisyen Kesihatan Awam NEA, Encik Derek Ho, berkata:

"Menerusi pemasangan kamera itu, kami ingin memberi mesej yang tegas kepada sekumpulan kecil pembuang sampah yang degil bahawa mereka akan ditangkap dan didenda. Namun, usaha kolektif masyarakat masih diperlukan bagi menangani masalah ini."


Bila agaknya Malaysia nak buat macam ini ??


Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer