Good Luck For The Exam


Sedar tak sedar, next week dah bermula UPSR 2012. Berdebar adik-adik kita. 
Kalau zaman aku dulu, memang berdebar sangat-sangat. Sebab aku ni anak sulung kan, jadi ramai beno yang jadi pesaing,jiran sebelah rumah, kawan kerja emak la.. masing-amsing ada anak yang nak UPSR. Jadi, persaingan tu sangat hebat. haha :]

Semua peperiksaan sama aje, banyak benda yang perlu kita siap sedia untuk menghadapi peperiksaan tu.
Macam UPSR jugak, waktu aku dulu. Cikgu-cikgu memang bagi homework banyak, dengan malam ada tuisyen pulak..Macam-macam lagi la.

Siang malam buat latihan aje, bagi aku 1 subjek 1 buku latihan pun dah cukup sebab cara aku, aku akan buat banyak kali soalan yang sama hingga kau dah boleh hafal dah jawapan dia. Itu cara aku, jadi jangan ikut pulak kalau tak boleh terima cara macam tu.:)

Bila result keluar, alhamdulillah. dapat la naik pentas bergambar dengan guru besar. :]

Tahun ni ada seorang aje sepupu yang ambil UPSR, jadi dia pun tgh gabra ni. Nak pergi beraya pun, macam sedih aje muka dia. Alahai!

Butterfly in Stomach

So, adik-adik yang kiut-miut tuu semua. Daripada sekarang ni la, kena minta ampun maaf dekat mak abah. Jangan disebabkan dosa kita pada mak abah, nanti tak boleh jawab periksa pulak.
Jangan lupa minta maaf dengan kawan-kawan dan cikgu jugak. :]

Doa itu adalah senjata orang mukmin. Jadi, berdoa la sekerap mungkin. Tiap kali lepas solat, ambil masa sedikit menadah tangan, berdoa la kepada Allah. Mengadu la pada Dia.Insha Allah, Allah akan makbulkan apa yang kita minta.

Kurang kan tengok tv, facebook dgn twitter tinggalkan sekejap. Blog aku jangan tinggalkan pulak! :P

Lepas habis peperiksaan, nak tengok tv ke, nak ber-facebook bagai. Buat la sampai lebam. Dah tak ada orang nak larang da. Janji periksa da lepas kan. B)


Apa-apa pun, jawab dengan betul-betul nanti. Jangan gelabah nak jawab tuu.Kalau ada yang susah nak jawab tu, selawat 3x then tulis la dengan jawapan yang rasa betul.Insha Allah adik-adik boleh jawab punya UPSR nanti. Good Luck dear! ♥

adik-adikku, Insha Allah boleh!! (dah macam rancangan adik-adik tv1 pulak!).




Comments

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin