Kesalahan Ketika Berpuasa
Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah.
(al-Jami' as-Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)
Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadis riwayat al-Bukhari. Maka "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat", (Riwayat al-Bukhari)
Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu masalah yang ada dalam msyarakat tatkala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh NAbi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
Credit to MPP UiTMJ

Comments
Post a Comment
Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)