Tunggang Langgang



Okay, idea ini bercampur baur. Jadi mungkin entry akan jadi tunggang langgang. Maaf yek! aku sebenarnya ada habit yang aku tak pasti sama ada semua orang ada atau tidak.


Kebiasaannya, setiap benda/perkara ada positif dan negatif. Especially, bab politik dan dunia hiburan. Aku pilih 2 perkara ni sebab memang aku 100% aku akan survey dan ambil kisah. Motip! wahahaha


Terima kasih kepada dunia jalur lebar kerana dia lah aku ada habit semua ini. (lari topik okay!)

Sebagai contoh la untuk dunia politik, mestilah ada kerajaan dan pembangkang. Sekarang ni kan tengah kecoh nak pilihan raya 2013. Jadinya, mesti lah macam-macam agenda yang akan mereka buat. Tak payah la nak tahu aku sokong siapa.


Cuma aku suka ambil tahu tentang kalau yang sokong kerajaan, KENAPA rakyat sokong dan KENAPA ada rakyat tak sokong. Samalah jugak dengan pembangkang, ada rakyat sokong dan ada jugak tidak sokong. Oleh itu, aku nak tahu both side, kenapa dia benci haramjadah dengan semua ni kan. 
So, ada faham tak? (buat-buat faham yek sbb entry agak pening sbb typing non stop)

Untuk dunia hiburan/dunia artis malaysia la terutamanya, tak kisah la artis mana sekalipun, contoh la aku suka/fanatik giler dengan artis B ni. Tak tahu la kenapa aku boleh suka dengan B ni, mungkin disebabkan watak yang innocent,alim yang selalu dibawa dalam setiap lakonan dia. Realitinya, dia tak ada gossip luar,sememangnya baik pun. Tapi kadang-kadang ada jugak yang jadi haters dia. Oleh itu, aku suka la ambil tahu kenapa la haters ni hate/benci/menyampah sangat-sangat dengan artis B ni.


Nampak sangat aku suka buang masa dengan ambil kisah benda yang tak berfaedah ini. (except politic) :P

Jadinya, aku suka nak tahu tentang both side info. Agak-agak korang pun ada habit macam ini ke? cecite-cecite (sambil buat tangan gaya usop wilcha).

Tiba-tiba keluar idea nak update pasal habit ni tapi tak mood nak tulis, sebab tu ayat mungkin macam sengal. sorry! btw, terima kasih sudi habiskan masa membaca entry ini. :)

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer