Selamat Hari Merdeka ke-56
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Teringat lagu arwahyarham Sudirman Hj Arshad, masih terngiang-ngiang di telinga mengimbau kembali zaman sekolah rendah dahulu. Aku pernah masuk pertandingan lagu patriotik dan aku menyanyi lagu ni. Ramai pelajar lelaki nyanyi lagu Tanggal 31 ni tetapi semua tak menarik ! tapi aku dapat tempat ke 2. Power tak aku ? suara belum baligh boleh la tahan, lepas baligh terus ke hanyut ke laut jawabnya.. :)
Bukan nak cerita panjang pasal memori silam aku, tapi nak cerita pasal memori negara kita. Alhamdulillah, Malaysia dah merdeka selama 56 tahun. Dah lama tuh ! Kalau umur manusia, dah pangkat nenek,datuk rasanya..
Logo merdeka untuk tahun 2013 ni, memang tak mengecewakan seperti tahun lepas. Dengar cerita logo tahun lepas tu, budak praktikal yang buat..Adik aku sekolah rendah pun pandai edit-edit logo macam tu kan..Soooo sorrryyyyyyyyy !
Logo tahun ni memang cantik..mungkin mereka dah alert dengan kutukan dan kritikan daripada rakyat Malaysia sendiri yang logo tahun lepas buruk ! bagus, akhirnya mereka sedar......

Slogan kata untuk tahun ni pun sedap, menepati dengan isu semasa yang pernah berlaku sebelum. Rasanya mereka mengaitkan dengan isu pencerobohan di Lahad Datu'..
"Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku"
Memang sedap didengar la. Pandai siapa yang bagi ilham. Tahniah ! Didalam kita gembira menyambut kemerdekaan, mesti ada sambutan ambang kemerdekaan. Ramai la anak-anak muda sibuk keluar ke bandar, sibuk ke Dataran Merdeka nak sambut detik jam 12 , nak melaungkan kata keramat MERDEKA !
Tak salah pun nak sambut ambang merdeka, tetapi kita ni manusia biasa, memang la lemah. Jadi, seharusnya didalam keseronokan tu kita kena la jaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan..Itu memang perlu dititik beratkan sebab perkara tu la yang manusia lemah macam kita ni selalu lupa, lalai...
Ingat waktu kecik-kecik dulu, main-main dengan adik beradik sampai suka, ketawa tak ingat dunia..Mak siap pesan "suka-suka, tu kang mesti nangis" akhirnya memang betul-betul menangis.. motif ? ada kaitan ke ? cuba fikirkan....
Tengok la sendiri persembahan secara live di TV2, okay aje nak menari, menyanyi cuma pakaian tu macam terlalu seksi, untuk tatapan umum. Kita selalu disajikan dengan jenis pakaian macam ini dan orang dah tak rasa pelik bila tengok tapi orang pelik bila kita berjubah, berjanggut..bertudung labuh dan berniqab.. betul tak ?
contoh lagi satu seperti dibawah ni, gambar dibawah ni aku dapat didalam FB. Orang kata gambar ni diambil didalam sebuah hotel..
Bila sifat malu tak ada dalam diri, begini la jadinya...pesanan untuk diri sendiri dan untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia..Banyak cara lain untuk kita mengekspresikan/ menunjukkan semangat kecintaan kepada negara kita.
Akhir sekali, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-56, SEMOGA NEGARA KITA AMAN DAN MAKMUR, DILIMPAHKAN DENGAN SEGALA RAHMAT DARI ALLAH TAALA. AMIN.
SYUKUR MALAYSIA MASIH AMAN ! :)
akhir zaman bro., kita ni zahir jer merdeka., tp hakikat nya., kita masih dijajah.., :D
ReplyDeletecit.. perempuan itu harus di gheghet aje.. huhuhu
ReplyDeletehttp://mazaaida.blogspot.com