6/16/13

Selamat Hari Abah! :)


Okay, hari ini 16 Jun 2013 merupakan Hari Bapa. Aku lebih suka Hari Abah sebab aku panggil abah. hahaha

Teringat zaman kecil-kecil dulu, aku rasa abah aku paling garang dalam dunia ni. Sebab dia tegas. Dulu anak kecil lagi, belum matang. Belum mumaiz lagi kata orang la kan. Kami 3 beradik ni suka main-main, kerjar sana sini. Lepas tu bergaduh, menangis. Hahahaha

Abah aku kerja siang malam. jadi, balik mesti lah penat. Nak berehat, nak tido. Bila nak tidur. Anak buat hal pulak. Memang sorang-sorang la kena pukul. Orang dulu cakap bantai. "Aku bantai (pukul) sorang-sorang"

Memang teringat sampai sekarang ni, dah jadi kenangan yang boleh diceritakan dekat anak cucu nanti. Hahahaha

Kalau zaman sekolah rendah, kerja yang aku paling malas nak buat kerja tentang baiki basikal. Kalau basikal rosak, mesti aku kena baiki. Mentang-mentang la aku anak sulung lelaki yang bawah aku ada 2 adik perempuan..Memang aku jek la jadi mangsanya. Abah aku jadi mentor. Tengok dari jauh.. Lepas tu, mulut bising. Hahahaha. Laser jugak mulut bapak aku tu.

Ingat lagi, kalau terkial-kial nak baiki basikal. Mesti abah aku cakap "Baiki basikal pun tak tahu, kau kan belajo kemahiran hidup" Dalam hati masa tu, memang terfikir. Bila masa agaknya subjek kemahiran hidup ada belajar baiki basikal. hahahahaha

Mungkin zaman abah aku sekolah ada belajar baiki basikal.. :)

Setiap kali menyambut raya aidifitri, mesti ada adegan salam menyalam kan? terutamanya salam mak abah..Bangun pagi-pagi, tolong emak masak sayur lodeh. Lepas tu, mandi. Masing-masing dah siap-siap dengan baju raya. Abah aku akan duduk dekat sofa sambil tengok tv, dekat tangan mesti ada rokok..

Kalau abah aku dah duduk tu, maknanya dia dah bagi signal untuk mulakan sesi bersalaman dan bermaafan..
Masa tu, memang adik beradik aku memang nak cuba lepaskan diri. Masing-masing tak nak pergi dulu.. Mak aku mengelat. Dia lepas kan anak-anak dulu baru lah emak salam abah. Memang ngelat..hahahaha

Nak tak nak, aku terpaksa la pergi dulu..Kalau salam kan mesti siap ada cakap-cakap kan? Kalau teks ucapan kau pendek, jangan harap boleh lepas. Kena panjang-panjang baru la boleh lepas. Ingat bila abah cakap "Abah maafkan, abah pun macam gitu jugak". Memang feeling habis la masa tuu...

Apa-apa pun, semua benda yang berlaku ni. ada hikmahnya.. Tak kira lah emak abah mesti nak anak-anak mereka jadi orang yang bagus-bagus yang boleh bawa mereka ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Setiap kejadian, mesti ada tujuan, sebabnya benda itu berlaku.

Abah, memang banyak berkorban untuk kami 4 beradik. Siang malam bekerja. Anak-anak lena tido malam. Abahnya sibuk mencari rezeki. Tiap kali anak-anak minta duit. mesti dia bagi. Tak kan ada alasan untuk menyekat perbelanjaan seharian kami. Anak-anak selalu dapat beli baju baru sedangkan abah jarang dapat luangkan masa beli baju baru..Terima kasih sebab mendidik kami dengan tegas. Sebab dia tahu anak-anak dia ni keras kepala, masing-masing nak ikut kepala sendiri..Apa-apa pun, abah memang the best! Abah adalah my hero! 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...