6/8/13

Gemok!


2 minggu cuti sekolah pun dah nak berakhir, mesti adik-adik dah mula mengeluh dah kena set alarm untuk  bangun pagi-pagi. Aku pun macam gitu jugak, mula-mula happy la dapat cuti panjang tapi bila difikirkan semula, rugi la pulak kan cuti panjang ni.

Aku rasa mcm banyak pembaziran telah berlaku. Oleh disebabkan itu, duit aku pun makin kering. Ingatkan nak berjimat cermat la sikit kan untuk 1st gaji ni tapi makin boros, sampaikan duit gaji aku tak sempat nak bagi emak abah merasa. Minta maaf sangat-sangat. Mungkin itu la sebabnya sampaikan tak berkat agaknya. Duit cepat beno hilang, tak tahu kemana tujunya.

Bila dah buat perhitungan, maka banyak duit aku dihabiskan untuk makanan. Pergh! duit masuk ke dalam perut rupanya. Patut la makin chubby. Serius! baju yang aku selalu pakai pergi kerja, bila di cuba try test dah sendat sikit. Omg! Memang tak boleh cuti aku ni, kalu duduk rumah. ada jek benda nk disumbat dalam perut ni..


Lagi 1 hal, aku perasan la kan. kalau kita makan lewat malam sangat over 12 kan. esok pagi kalau bangun, mesti perut rasa lapar eventhough kita makan malam tadi. Apsal ek? kemana menghilang makanan itu? dh tentu jadi LEMAK.

Minggu lepas, aku temankan kawan aku pergi Melaka. Katanya nak mencari baju dengan seluar baru. Nak nampak kan 1st gaji la katakan. Aku pun berangan la jugak kan nak beli baju yg branded sikit. Sampai sana, kawan aku nak beli baju Padini (PDI), memang dia jek la kan dapat cari baju dkt situ. Kawan aku tu saiz badan kecik jek. Memang lepas la nak cari dkt situ. Aku jadi tukang komen je..Saiz aku ni XL, memang tak muat la kan nak pakai baju PDI. berangan jek boleh solehin!

Lepas tu, pergi pulak BRANDS OUTLET. aku pernah la jugak 2 3 kali beli baju dkt situ. Kali ni, baju memang serius lawa-lawa design dia. Aku dah rambang mata. Design yg striking memang menjadi pilihan aku. Tak pernah ada baju pink. So, kali ni cuba ambil pink, orange, blue. Bila dibelek-belek, rasanya macam  2 3 kali fikir, muat ke tidak ni? Cuba la dkt fitting room.

Cukup menghampakan, memang dh GEMOK aku ni. Sendat giler! kalau nak pakai pun, buat malu jek.Tersembul sana sini lemak aku..melepas la hajat aku nk beli baju baru. So, aku pulang dengan tangan kosong.

Nak nampak kan duit tu, aku belikan mak abah aku radio dkt Popular book store. RM79. Boleh tahan la. berbaloi jugak beli. Tak la bosan sangat bila buat kerja dkt dapur tu. Dapat la jugak menyedapkan halwa telinga.

main point dkt sini, aku dah makin gemok. Mcm mana nak settle masalah ni? kerja 12 jam sehari. Balik rumah dah penat. Memang banyak tido. bila kerja, makan pun tak banyak kuantiti nya. Jadi, aku pun pelik.

Musykil.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...