4/28/13

My 22nd Birthday


Alhamdulillah, 23 April yang lalu merupakan hari jadi aku yang ke-22. Terima kasih kepada semua kawan-kawan, makcik, pakcik, adik beradik, nenek dan mak abah aku di atas ucapan "selamat hari jadi!" kepada aku tak kira dekat FB, sms dan face to face pun ada jugak..

Siapa yang tak happy kan bila orang sambut hari jadi kita, tapi tak mengharapkan sangat pun.At least, orang dh ucap selamat hari jadi pun dah kira bermakna bagi aku.

Terima kasih kepada keluarga aku sebab sambut hari jadi aku di kedai makan apa ntah nama dia. Tak ingat pulak nama kedai tuu..Dapat makan besar tuuu dengan family. Dah lama tak buat gathering, bersuka ria. Cuma seorang tertinggal dekat Muadzam Shah, Pahang. Itu pun merajuk lepas nampak photo dalam FB. Sorry cik dayah!my 3rd sister. >.<

Terima kasih la kepada my 2nd sister cik Solehah sebab sudi belanja makan besar bersama dengan family. Memang kenyang gila sampaikan perut dh kembung habis. memang padat di isi dengan tomyam campur, daging masak merah, telur dadar, sayur kailan ikan masin, sotong goreng, chicken chop, otak-otak, ikan siakap sweet sour, teh tarik, satay dan sup ekor. Gila + gempak la kan aku mampu makan semua tuuuu..

Disebabkan maxis ada bagi free call 24h, aku berusaha jugak untuk memanfaatkan untuk telefon kawan-kawan aku. Tapi tak ramai pun, sebab hari bekerja kan.. tak berbual lama pun tapi bersyukur la dapat bertanya khabar..

Aku pun ada cakap dengan kawan aku, amarulsamsudin. Tahu tak apa hadiah paling bermakna utk birthday aku tahun ni?? hadiahnya adalah aku dah berjaya tamat diploma dengan jayanya bersama dengan sahabat dunia akhirat aku, amarulsamsudin.. Alhamdulillah, memang aku ingat sampai bila-bila..memang jadi kenangan manis bagi aku..

Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi untuk semua.. :)

1 comment:

  1. hepi belated besday yea!

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...