Salam Aidilfitri 2013


Dah seminggu raya baru nak update blog kannnnn. mesti ramai yang tertunggu-tunggu. acececehhhh! berangan aje lebih aku ni.. Biasalah kan, musim cuti pun tak panjang. Jadi, waktu ni la nak manfaatkan, menggunakan cuti 2 minggu tu sebaik mungkin.

Memang ramai sedara mara datang berkunjung, yang dah setahun tak pernah berjumpa. Masa raya ni laaaa kan nak bersua kembali..ada jugak tahun lepas kurus, tahun ni naik pulak badan. yang dari gemuk bertukar ke kurus belum lagi, tak ada lagi..mungkin aku kot untuk tahun depan..kahkahkah

Kawan-kawan sekolah dengan uni ramai yang belum datang lagi, disebabkan cuti raya tahun ni pendek sangat. Patutnya bagi la cuti lama sikit kannnnnn, masing-masing tak puas lagi nak bercuti raya.

Lepas raya, kalau pensyarah masuk ke kelas. boleh kira la student yang datang nak menuntut ilmu. student lain bertateh-tateh nak balik ke kampus semula, rasa berat jek nak tarik beg baju..kadang-kadang ada juga pensyarah masuk ke kelas, kosong..kosong..kosong. taip kosong tu sambil nyanyi lagu Najwa Latif. Itu lumrah sebagai student. boleh dijadikan cerita untuk cucu cicit nanti :)

Apa-apa pun, aku nak ucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin,
Halalkan Makan Minum,
Terkasar Bahasa, Terguris Hati
Harap Dimaafkan.




Ini lah gambar family aku. Yang duduk disofa ni semestinya mak bapak aku.
yang belakang tu adik beradik aku..aku 1st, purple 2nd, hijau 3rd dan hitam 4th.

Baju hitam tu adik betul tauuuuu, sebab apa aku cakap mcm gitu..baju yang lain kan ada sikit tema warna jingga. Dia tak ada warna tuuuu

masa raya pertama hari tu. kami sakat dia, buat gaya macam Nabil dalam Karoot Komedia X

(bunyi kamera) 'ANAK ANGKAT KU'

kahkahkah

Maaf zahir dan Batin :)


p/s: jangan lupa datang rumah, tolong habiskan kuih raya..kehkehkeh

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin