Cara Nak Elak Klik Iklan Di Shoutbox


Okay. Saja nak buat intro berjela-jela. Kalau aku buka blog, benda pertama aku akan tengok dalam blog adalah ruangan shoutbox aku. Sebab aku nak tengok la berapa ramai blogger yang sudi komen blog aku ni kan. Jadi, kadang-kadang aku nak balas komen atau follow balik. Aku akan klik link yang blogger tersebut bagi. Tapi, sekarang ni kebanyakan blogger main tipu. Dia bagi link iklan cip-cip dia tuuu..Lepas tu, aku terus moody disebabkan ditipu. Panas hati la jugak kan.

Oleh itu, entry kali ini aku nak tunjukkan cara bagaimana korang nak elakkan supaya korang tak 'ter'klik link iklan yang kebiasaannya ada diruangan cbox / shoutbox / shout.busuk / shoutmix.

gambar 1

1st step : Korang hover mouse tu ke nama/link dekat shoutbox masing-masing. Sebagai contoh, aku hover dekat nama Su Loo.

2nd step : Bila mouse dh hover di nama/link tersebut, korang lihat dipenjuru bawah sebelah kiri. Disitu akan terpapar link yang ada pada nama tersebut. Contoh pada gambar 1 adalah goo.gl/wmzms

Dalam contoh gambar 1 yang aku bagi diatas ini, link tu adalah link iklan. Jadi, aku tak akan klik langsung. Biar padan muka dia. Kerja nak tipu orang jek.

gambar 2

dan gambar 2 diatas ini, sila lihat perbezaan apabila aku hover mouse pada nama mama pipie. Korang tengok nama link di bawah sebelah kiri. Link tersebut adalah http://mama-syafi.blogspot.com/. Itu baru lah, link blog.

So, lepas ni harap bloggers especialy blogger baru tak kena tipu dengan gaya penipuan sebegini. Kalau boleh, bagi la link blog yang betul. Kami ikhlas nak follow/komen balik tapi kena tipu pulak. Tak pasal-pasal dapat caci maki free jek.

sekian. :)




Comments

  1. macam tu lah cara FD nak elak dari TERklik iklan diorang. haha xD

    ReplyDelete
  2. saya klu terclick dekat ads tu cepat2 saya tekan X.. padan muka dia.. mmbohong je keje.. thanks for the information :)

    ReplyDelete
  3. Jap.. nak praktik dulu cara nie.. masih x faham g.. :)

    ReplyDelete
  4. Wah, ilmu baru ni. Nak belajar, nak belajar. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer