Aku Dan Praktikal - Part 2
Lagi seminggu latihan praktikal aku akan berakhir, jumaat lepas pensyarah merangkap penyelia aku Puan Zuriati, datang untuk menilai hasil projek semester akhir dan laporan harian aktiviti (buku log) aku.
Memang nervous la kan, macam nak tunggu mak bapak datang ambil report kad dekat cikgu.
Mesti masa tu, cikgu luahkan perasaan dekat mak bapak kita pasal perangai kita dekat sekolah..hehehe
Supervisor aku paling excited nak buat preparation sempena pensyarah aku nak datang, dia siap tempah bilik seminar lagi untuk sesi pembentangan.
contoh |
Supervisor aku siap beli nasi lemak 7 bungkus, kuih dalam 3 jenis. Dah susun meja, susun makanan. Setting lcd dan laptop. Dah siap sedia luar dalaman..
Sesi pembentangan bermula, introduction company hinggalah testing sistem itu sendiri..Pensyarah aku sangat pyscho! Setiap kali aku explain, mesti dia buat muka. Macam-macam jenis muka ada. berkerut, buat-buat rabun, duck face pun ada jugak..
Banyak kritikan dari segi untuk tambah baikan sebab sistem ini aku buat 2 orang jadi tak cukup untuk meluluskan aku. Jadi, aku terpaksa la berusaha memperbaiki sistem tersebut supaya dapat lulus.
Sesi pembentangan tak lama pun. Tapi yang lamanya bila pensyarah aku sempat berbual dengan supervisor aku pasal masing-masing teringat zaman belajar dekat UTM. Rupanya diorang ni alumni UTM, jadi banyak la bercerita kisah-kisah pelajar supaya aku dapat jadikan pengajaran.
Aku dalam bilik tu, angguk senyum. itu aje lah aku buat sambil dengar mereka berbual. Aku pun suka juga mereka berbual-bual sakan. Biar mesra gitu! hahahaha
Pensyarah hanya menilai sahaja, markah banyak berpihak dekat 3 penilai utama pada 'real' pembentangan di kampus pada 1 April 2013. Jadi, ada masa lagi untuk aku upgradekan sistem aku..Chaiyok!!
Baru aku tahu konsep latihan praktikal dulu dan sekarang ini berbeza, berdasarkan pengalaman supervisor menjalani praktikal dulu-dulu..
Jadi, kalau kau tak buat projek akhir tapi kerja on time, kelakuan baik. Confirm markah 100% lulus.
Tapi
itu UTM.. Sekarang ni aku UiTM, jadi banyak la pandangan mereka terhadap UiTM ini..Kalau aku dengar cerita mereka, memang aku rasa aku bersyukur sangat dapat masuk UiTM. Alhamdulillah..
Cabaran dekat UTM lagi besar daripada UiTM..Terima kasih UiTM sebab bagi peluang kepada anak Melayu untuk berjaya. Tapi tak salah nak cuba suasana belajar di universiti lain.
Apa-apa pun, masuk sebagai pelajar UiTM keluar pun mesti pelajar UiTM jugak..Aku bangga jadi warga UiTM. UiTM sentiasa dihatiku ♥
sy ex-student UTM..semua U pun ada klebihan masing2 :)
ReplyDeletemaaf la kalau ada tersakit hati pulak
Deleteye awak, sebagai contoh mungkin jabatan masih lagi menggunakan borang untuk sebarang aduan. jadi awak boleh tukarkan menjadi sistem online yang lebih memudahkan atau awak boleh upgrade, menambah baik sistem mereka yang sedia ada pun boleh jugak.
ReplyDeleteSebarang pertanyaan, boleh emailkan kepada saya ye :) mohamadsolehin@gmai.com
ReplyDelete