Oh Gerhana Bulan!


Oh bulan,
Yang melayan diriku lagi..
lalalaalala

melayan lagu Yuna sekejap. Malam semalam telah berlaku fenomena yang jarang sekali berlaku iaitu gerhana bulan. Gerhana bulan terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan bulan tertutup oleh bayangan bumi. Fenomena ini terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak boleh dicapai bulan kerana terhalang oleh bumi


Alhamdulillah, aku sempat tengok gerhana bulan bersama dengan members selepas pergi makan malam smlm. Terkesima sekejap lepas tengok gerhana. Ini first time aku tengok gerhana bulan, mmg excited tengok gerhana. Harap lepas ni dapat lagi tengok gerhana bulan, memang besar kekuasaan Allah taala.

Korang kena lah tahu yang gerhana bukanla berlaku kerana kemurkaan Allah taala, tetapi merupakan kepada kebesaran kekuasaan Allah taala. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah pada hambanya kerana fenomena ini sangat besar ertinya sama ada dari segi penghayatan iman dan sains.

Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada zaman akhir ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga zaman Nabi S.A.W yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.




Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer