Jemput-jemput pun jadi la bai.

Hye u olls! apa khabar hari ini? Harap korang sihat walafiat. Hari ni aku rajin plak nak update blog, ntah la tiba2 jek padahal kerja lain berlambak nk kena siap kan cepat.

Hari ni kelas aku pukul 12-4, biasanya lambat la aku bangun tapi hari ni awal pulak aku bangun, members yang kelas pukul 8 pun belum bangun lagi.

Gosok gigi, online sekejap then keluar pergi kedai runcit. Tiba2 rasa nak memasak plak hari ni. Tengok dkt dapur ada la tepung gandum tinggal sikit. So, fikir la nak jemput-jemput. Korang tahu tak jemput-jemput tu macam mana bentuk dan rasanya??


Haa, jgn terkejut plak sbb ada jugak member aku tak kenal jemput-jemput tu apa benda. Punya la lama aku dok memikirkan nak beli apa lg dkt kedai td.

Aku beli la bawang, kentang 2 3 biji dengan daun sup. nak cari daun bawang sebenarnya tapi x ada pulak. Aku dapat idea nak letak daun bawang dalam jemput-jemput daripada tv show Family Outing. Dalam tv show tu macam-macam jenis masakan dia ad masak. Nampak sodap-sodap semua lauknya tapi yang aku sempat buat ni la jemput-jemput.

Sonang jek nak buatnya. Kalu orang bujang macam aku ni, aku potong halus-halus then campurkan dengan tepung tambah sikit air. then letak la sikit garam buat ada rasa sikit. Dah sebati, tunggu minyak dah betul-betul panas bru la goreng bancuhan tu. Aku suka buat ikut saiz sudu. nampak comel-comel.

Member aku ada tolong jugak. Yang tolong jek la dapat makan. Tak tolong tu, maaf la den tak dapat nk tolong.

Banyak la jugak jemput-jemput yang aku buat tu. Siap tapau bawak pergi kelas. Memang dasyhat! Kawan aku malu nak bawak. Aku selamba dek jek. Letak dlm beg, lepas habis kelas sambil jalan-jalan nak ke kelas lain. Sempatlah kunyah-kunyah.


Memang sedap. Isi dia penuh dengan kentang, bawang dengan daun sup. Bau pun wangi sebab ada daun sup..Makan dengan sos cili pulak tu. Fulamak mmmg sedap la.

Kalu korang rajin, buat la. Aku buat memang nak save duit. Lunch pun aku makan jemput-jemput. So, duit aku dah save sikit dekat situ.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin