Segamat I'm back!

assalamualaikum..
hye korang, apa khabar semua? harap sihat disamping teman2 dan kwn2..hari ni aku dh balik balik segamat. alhamdulillah dh selamat sampai UiTM. mmg banyak dugaan bila nak balik segamat nih. Mcm biasa la kan, sejak akhir2 nih kan segamat dilanda banjir. So, dengar cerita jalan segamat mmg x boleh lalu.. Aku risau jugak la nanti mcm mana nak blik u. tawakal kpd Allah je lah jalan yg terbaik. pagi td adik aku, soleha yg hantar ke terminal. terima kasih la diucapkan ya! nasib baik ad bus ke segamat. Org pn ramai jugak la. berebut jugak la nak naik tuh. syukur la dpt tempat, kalu tidak mmg lenguh kaki aku nk berdiri jek. Bus yg aku naik nih mmg hampeh. harap jek ad aircond tp x kuat..alahai x rasa langsung aircond nya. Mmg menguji kesabaran aku duduk dlm bus hina nih. bus dh la kecik, si driver lagi nak menyumbatkan manusia yg bermcm ragam. bau mcm2 ad. ckp jek nak bau apa! mmg ad punya la..
nasib baik la aku pegang beg aku nih haa..ad jugak terselit kertas2. dpt la aku kipas2. mmg dh berpeluh duduk dlm bus nih. rasa mcm dlm spa la plak. haaa!, mcm dlm bilik wap. makin lama duduk dh mcm daging salai plak..mmg tahan jek. Bengkak jek muka aku dlm bus td. Jalan dh la jam. mmg sesak td. sabar jek la. nak tido pn x boleh. Mmg x selesa dlm nih. almaklum la, semua org dh berpusupusu nak balik ke tmpt asal. esk dh start kerja. Sebelah aku, ad la mamat vietnam,sekali pandang ad la mcm si Fuad, dia nih kwn buah hati aku. dh berpelupeluh mamat tuh. kesian plak tgk dia tuh. kadang2 aku kuatkan kipas dkt tangan aku nih.. biar sejuk sikit dpt angin. Aku naik bus hina nih sampai Jementah jek. lepas tuh ad girl nih pakat dgn 4 bdk uitm nak naik kereta sewa. So, aku pn on jek. Tunggu mmg berjam menunggu. Akhirnya sampai jugak. Aku dengar girl tuh ckp charge RM20. sorang kena bayar rm4. ok lg la. Tiba2, dia ckp sorang RM10. terbeliak mata bdk2 nih haa bila dngar charge dia..aku pn terdiam la. nak ckp apa lagi kan. bayar je la. mmg sakit hati jugak la. mahal gila! tp syukur jugak la. untung pakcik tuh ad. kalu tak, mmg susah nak masuk uitm. Redha jek la apa yg berlaku. ok la, beta nak beradu sekarang..bye2

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin

Pantang Kalau Nampak Pelesit