2/28/11

UIAM lebarkan sayap ke Pagoh


GOMBAK 23 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mengembangkan sayapnya ke Pagoh, Johor, dengan pembukaan satu kampus cawangan dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dua Lembaga Pengajian telah diwujudkan oleh UIAM untuk meneliti penawaran kursus bidang kejuruteraan di kampus berkenaan, selain turut mempertimbangkan penubuhan Fakulti Bahasa Moden dan Fakulti Pertanian.

Beliau melahirkan harapan supaya UIAM cawangan Pagoh dapat memulakan pengajian pada 2012 dan menyatakan komitmen kerajaan untuk memberi sokongan terhadap penubuhan kampus berkenaan.

"Saya bangga melihat UIAM telah berjaya muncul sebagai institusi pengajian tinggi yang terkenal di peringkat antarabangsa yang pada masa ini ia mempunyai 14 fakulti di kampus Gombak, Kuantan dan Kuala Lumpur.
Pada saya, tiada alasan mengapa UIAM tidak boleh melebarkan sayapnya ke negeri lain dan saya begitu gembira apabila mengetahui UIAM akan membuka satu lagi kampus di Pagoh dalam masa terdekat, usaha juga telah diambil untuk menubuhkan Hab Pendidikan Pagoh di mana UIAM akan menjadi rakan utamanya," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UIAM di Pusat Aktiviti Kebudayaan universiti berkenaan, di sini petang ini. Seramai 40 anak yatim daripada Asrama Anak Yatim Kuang turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara merangkap Presiden UIAM, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan isteri Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan isteri, Datin Sri Norma Abdul Samad.
UIAM pada masa ini mempunyai 22,000 mahasiswa termasuk 5,000 mahasiswa pasca siswazahdan 4,600 mahasiswa asing daripada 90 buah negara.

Sementara itu, sewaktu mengulas mengenai kepelbagaian latar belakang pelajar UIAM, Muhyiddin menekankan bahawa usaha untuk menjadikan perbezaan sebagai satu sumber kekuatan masyarakat semakin penting dan mencabar dewasa ini.

Katanya, kepantasan penyebaran maklumat melalui ruang siber dan media telah meningkatkan interaksi di kalangan manusia sehingga ia turut menyentuh isu agama dan kebudayaan orang lain.
"Komen-komen mengenai agama dan budaya orang lain tersebar dengan pantas melalui alam siber dan media tanpa sempadan.

"Silap faham biasanya akan timbul apabila komen sedemikian dianggap sebagai menunjukkan tiadanya rasa hormat terhadap orang yang berbeza agama dan budaya," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata perkembangan negatif itu boleh dielak sekiranya semua pihak berpegang kepada budaya ta'aruf atau saling berkenalan dengan berpandukan prinsip menghormati kepelbagaian dan bertoleransi dengan perbezaan.
Lebih-lebih di lagi di negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia katanya, mengetahui dan menghargai agama dan budaya orang lain adalah syarat utama untuk mencapai keharmonian.

sumber: Utusan Malaysia



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...