SATU PENGHORMATAN BUAT SYAHIDAH HIJAB, DAN TUDUNGNYA YANG MENYEBABKANNYA TERBUNUH

Assalamualaikum.
Hye kawankawan. Mcm mana dengan mood pagi hari nih? Tiap kali bangun kena la rasa happy. Biasakan bangun pagi terus senyum, insyallah 1 hari tuh nanti mood ok jek. Hohoho, hari nih bukan nak cakap pasal mood tapi nak kongsi cerita la kan tentang seseorang nih. Korang mesti tertanya apa benda la tajuk entri yang aku tulis nih kan? Cerita nih semua tentang wanita bernama Marwa El-Sherbini. Kenal x siapa wanita mulia nih? Semalam aku ad terjumpa plak 1 blog menceritakan kisah beliau.

Terjemahan bebas daripada teks asal berbahasa Inggeris, Honouring the Hijab martyr, and the Veil that got her Killed daripada Foward Magazine edisi September 2009 terbitan MMP Communications Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, halaman 48 – 51. Untuk mendapatkan maklumat dan cerita yang lebih lanjut, boleh dapatkan majalah Foward di pasaran (sebuah majalah yang bagus untuk Muslim-pent.)

Diterjemahkan oleh Muhammad Nur Adzim Amran.

MENGHORMATI SYAHIDAH HIJAB, DAN TUDUNGNYA YANG MENYEBABKANNYA TERBUNUH
Oleh Maria Zain

Dia ialah seorang anak perempuan, seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja, berbangsa Mesir, beragama Islam dan berhijab. Tiga ciri yang terakhir ini membawa masalah kepadanya dan menyebabkan kematiannya sebagai seorang syahidah berhijab. Beliau meninggal di dalam kamar mahkamah di Jerman. Masalah bagi dunia secara keseluruhan. “Beliau merupakan saudara kita dalam Islam dan beliau berasal dari Mesir, sama seperti suami saya,” kata Inna Ghaleb, seorang saudara baru warga Jerman keturunan Rusia. Beliau menerima berita itu dengan sedih. “Saya menangis beberapa hari,” ucap ibu kepada seorang anak perempuan yang masih kecil itu.
          Hijab selalu menjadi kontroversi di Eropah. Satu larangan iconic telah berlaku beberapa tahun yang lalu di Perancis, dimana perempuan Muslim yang memakai penutup kepala (tudung) dilarang memasuki sekolah kerajaan. Kecenderungan itu tersebar ke beberapa buah negara lain, seperti Holand dan Jerman – sesetengahnya lebih agresif daripada yang lain – menyebabkan Muslim berada dalam keadaan tertekan yang berterusan untuk mematuhi kod etika berpakaian seperti yang digariskan oleh al-Quran semasa berada di negara-negara minoriti Muslim.

credit to Google



Tetapi Pembunuhan Marwa Sherbini Adalah Kemuncak Semua Itu
“Bila saya selidiki, ramai kawan saya mengenalinya secara peribadi!” ucap Inna, “Itu adalah kematian yang tragik.” Untuk lebih memburukkan keadaan, pembunuh Marwa juga warga Jerman yang berasal dari Russia.
          Permusuhan bermula pada 2008 apabila seorang lelaki bernama Alex W telah menghina Marwa di taman permainan di suatu kejiranan dengan memanggilnya sebagai pengganas kerana penampilannya yang Islamik. Marwa telah mendakwanya dan ia didapati bersalah dan didenda dengan denda yang sangat tidak munasabah – sangat tidak munasabah bila dibandingkan dengan jenayah keji yang dilakukan kemudiannya. Pada 1 Julai 2009, Marwa telah dibunuh semasa semasa perbicaraan Alex, oleh Alex itu sendiri.
          “Saya percaya apa yang berlaku kepada Marwa sangat mengerikan dan kami semua di Mesir sangat berdukacita,” kata Iman El-Haddad, seorang wanita Muslim dari Mesir. “Sudah tentu terdapat kecuaian di mahkamah, tetapi jenayah itu terjadi sangat luar biasa. Pemakai hijab ada di seluruh negara Barat, dan banyak tempat yang terdapat perempuan Muslim dalam jumlah yang ramai. Memang telah ditakdirkan untuk beliau menerima nasib yang mengerikan seperti itu.” Beliau sangat tenang meskipun berlaku ledakan di negara asalnya (dan negara asal Marwa juga).
          Tetapi ibu Marwa berpendirian sebaliknya. Beliau telah dipetik sebagai berkata bahawa Marwa telah membayar dengan harga tertinggi untuk menjadi seorang Muslimah yang beriman yang mengenakan hijab seperti yang diwajibkan.
          Tetapi pembunuhan kejam ini menampakkan sikap perkauman yang terpaksa dihadapi oleh Muslim yang tinggal di Eropah. Walaupun kemarahan terhadap pegawai bahkan mungkin terhadap kakitangan dewan mahkamah yang begitu cuai, bila keselamatan diambil kira ada asasnya, kesedihan Muslim terhadap sikap perkauman yang streotaip ini menimbulkan ketengangan di Eropah.
          “Ia adalah jelas bahawa sesetengah orang tidak suka kita berada di sini,” kata Inna, bercakap tentang Jerman, “Tetapi Marwa Sherbini boleh mengadu kepada mahkamah tentang penghinaan yang dilakukan oleh pembunuhnya, dan satu perbicaraan yang adil akan diadakan.”
          Beliau menyambung lagi: “Ini tidak akan berlaku di Mesir. Jika seorang rakyat Mesir menghina seorang rakyat Sudan contohnya, ia hanya akan diabaikan. Saya dan keluarga pernah tinggal di Ireland dan Jerman, dan daripada pengalaman saya, saya boleh katakan bahawa, perkara itu bergantung kepada siapakah orang Eropah yang kita berurusan. Jika mereka berpelajaran dan orang yang berbudaya, mereka menghormati kita, menghargai semua hasil kerja yang kita lakukan ataupun usaha kita mempelajari bahasa negara tersebut, sebagai contohnya. Jika kita menghormati mereka, mereka akan menghormati kita.”
          Malangnya, kes Marwa berakhir secara tragik. Beliau yang mengandung tiga bulan, ditikam sebanyak 18 kali oleh lelaki yang menggelarnya seorang pengganas, dan meninggal di ruang mahkamah semasa menunggu kesnya (lelaki) diputuskan. Suaminya pula yang menerpa untuk membantunya ditembak oleh pengawal keselamatan yang salah sangka (menyangka suaminya adalah penyerang). Suaminya juga ditikam dan masih dirawat di hospital. Marwa meninggalkan seorang anak lelaki berumur 4 tahun.
          “Adalah suatu perkara yang pelik bagaimana mangsa sempat ditikam sebanyak 18 kali di dalam kamar mahkamah yang penuh dengan manusia,” kata Tasmiya Ahmed, Muslimah Jerman yang berasal dari Turki. “Ia perlu mengambil masa yang lama dan usaha yang terancang untuk membunuh seseorang menggunakan pisau. Bukan seperti dia menembaknya sekali dan kematian berlaku serta merta.”
          “Saya ingin menyalahkan pembunuh 100%,” beliau memberi komen, “Jelas bahawa dia sudah merancang pembunuhan tersebut, dan dia memang sudah mempunyai niat buruk terhadap Marwa bahkan sebelum serangan lagi. Tetapi bagaimana dia boleh menyelinapkan sebilah pisau ke dalam kamar mahkamah? Dan kenapa reaksi daripada pengawal keselamatan sangat lambat?” Tasmiya percaya bahawa pegawai mahkamah sama-sama bertanggungjawab ke atas kematiannya.
          Beliau tidak bersendirian. Ramai Muslim yang tidak mahu menganggap serangan ini sebagai satu ‘kemalangan’. Kemalangan tidak hanya berlaku begitu sahaja dan berakhir dengan kematian yang menyanyat hati. Pembunuhan menggunakan pisau biasanya berjaya pada waktu tengah malam, tempat sunyi, dan berkemungkinan besar di dalam bilik kalis bunyi.
          “Saya berpendapat jika perkara itu terjadi kepada salah seorang Yahudi, pasti lebih ramai orang akan mengambil serius tentang perkara tersebut kerana sejarah Yahudi di Jerman. Begitu juga kerana orang Yahudi akan mengangkat senjata, pemberitaan dan percetakan mereka lebih lantang (dan besar pengaruhnya),” beliau menambah.
          Fatima juga berharap begitu. “Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarganya. Insha Allah, selepas mendengar berita kematiannya, atau mungkin boleh saya sebut kesyahidannya, lebih ramai para perempuan Muslim yang memakai hijab dan mereka akan lebih bertekad untuk tidak membuka hijab. Tiada seorangpun yang mengaharapkan perkara ini berlaku kepada isteri, kakak atau ibu mereka, tetapi pastinya beliau telah berada di tempat yang lebih baik, insha Allah. Semoga Allah melindungi anak dan suaminya dan mengumpulkan mereka semua bersama-sama di dalam syurga.” [F]
Al-Fatihah untuk beliau

Persoalannya, mengapa kita di Malaysia masih tidak menutup aurat dan tidak memakai tudung dengan sempurna? Semoga kita semua mampu mengambil pelajaran daripada kisah ini…daripada sudut mana sekalipun.

Comments

  1. erm kenapa mereka sring menanggap kita sebagai pengganas sedangkan siapa yg mengganas dlm kes ni?
    yahudi laknatullah
    semoga Allah membalas keganasan mereka..

    betul if only kaum hawa tahu betapa pentingnya smpai ad yg snggup dibunuh kerana bertudung..
    kt sini tiada larangan pun utk bertudung itu pun tak dpt nk mematuhi
    nauzubillahimin zalik

    ReplyDelete
  2. Betul tuh..Ambil iktibar dari kisah ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer