Posts

Showing posts from 2011

Nasihat Menghadapi Banjir

Persediaan Sebelum Banjir: Elakkan membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir; Selenggara parit/ longkang/ saliran air supaya tidak tersumbat; Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan; Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenalpasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan; Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa; Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet; Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/ beg/ fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan; Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah; Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekirany...

Air sungai dah melimpah daa!

Image
Hye bloggers! Apa khabar hari ni? Sejak 2 3 hari ni, dekat Segamat air dah naik da..air sungai memang dah melimpah. Rumah yang dekat dengan sungai kebanyakkan nya dah tenggelam..sekarang baru paras betis, kalu hujan lagi lepas ni memang paras pinggang jawabnya. Aku ada ambil beberapa gambar nak tunjuk dekat korang yang air dah mula naik. Tapi buat masa ni dekat kawasan rendah jek yang dh tenggelam. Jalan raya belum tenggelam lagi. So, tak payah risau lagi la sebab masih boleh jalan. Sempat lagi kalu nak lari keluar dari Segamat ni. Minggu ni dah start mid sem break. Dalam 1 minggu bercuti, So, untuk langkah berjaga-jaga kitorang terpaksa mengemas 1 rumah ni. Macam cuti semester panjang pulak. Rumah ni dah kosong. Tak barang-barang pun yang tinggal. Budak-budak ni takut banjir naik pulak bila kitorang sedap bercuti nanti. Nak tak nak, kemas semua barang then tumpang dekat rumah member yang lain. Rumah member tu jenis 2 tingkat. So, barang-barang semua bersusun dekat dalam bilik member t...

Wang Kertas Malaysia Terbaru 2012

Image
Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Wang kertas RM20 telah lama diperken alkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1 995. Rekaan ini dikatakan lebih bercirikan keselamatan sambil memperlihatkan Malaysia didalam rekaan duit kertas tersebut. Rekaannya menonjolkan sukan tradisional, hidupan liar, flora, hidupan laut, pertanian dan teknologi dan keajaiban alam semula jadi di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Ramalan Cuaca Daerah Segamat

Image
Pagi ni aku baru buka fb, tgk dah ramai post pasal ramalan cuaca. Memang hujan sentiasa. Walaupun x lebat tapi hujan renyai tetap berbahaya. Hopefully, daerah segamat tak dilanda banjir seperti sebelum ni. Aku nk pergi kelas! Hoho. Amin Ya rabbal alamin. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh tgk dkt sini

Jemput-jemput pun jadi la bai.

Image
Hye u olls! apa khabar hari ini? Harap korang sihat walafiat. Hari ni aku rajin plak nak update blog, ntah la tiba2 jek padahal kerja lain berlambak nk kena siap kan cepat. Hari ni kelas aku pukul 12-4, biasanya lambat la aku bangun tapi hari ni awal pulak aku bangun, members yang kelas pukul 8 pun belum bangun lagi. Gosok gigi, online sekejap then keluar pergi kedai runcit. Tiba2 rasa nak memasak plak hari ni. Tengok dkt dapur ada la tepung gandum tinggal sikit. So, fikir la nak jemput-jemput. Korang tahu tak jemput-jemput tu macam mana bentuk dan rasanya?? Haa, jgn terkejut plak sbb ada jugak member aku tak kenal jemput-jemput tu apa benda. Punya la lama aku dok memikirkan nak beli apa lg dkt kedai td. Aku beli la bawang, kentang 2 3 biji dengan daun sup. nak cari daun bawang sebenarnya tapi x ada pulak. Aku dapat idea nak letak daun bawang dalam jemput-jemput daripada tv show Family Outing. Dalam tv show tu macam-macam jenis masakan dia ad masak. Nampak sodap-sodap semua lauknya tap...

Segmen | Genk Cari Blogger

Image

Oh Gerhana Bulan!

Image
Oh bulan, Yang melayan diriku lagi.. lalalaalala melayan lagu Yu na sekejap. Malam semalam telah berlaku fenomena yang jarang sekali berlaku iaitu gerhana bulan. Gerhana bulan terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan bulan tertutup oleh bayangan bumi. Fenomena ini terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak boleh dicapai bulan kerana terhalang oleh bumi Alhamdulillah, aku sempat tengok gerhana bulan bersama dengan members selepas pergi makan malam smlm. Terkesima sekejap lepas tengok gerhana. Ini first time aku tengok gerhana bulan, mmg excited tengok gerhana. Harap lepas ni dapat lagi tengok gerhana bulan, memang besar kekuasaan Allah taala. Korang kena lah tahu yang gerhana bukanla berlaku kerana kemurkaan Allah taala, tetapi merupakan kepada kebesaran kekuasaan Allah taala. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah pada hambanya kerana fenomena ini sa...

JPJ Test

Image
Assalamualaikum hye peeps! alhamdulillah, 6hb lepas aku dh lulus test memandu.Sepatutnya dah lama dpt lesen tu tp banyak kali tertangguh. Waktu tu memang nervous gila, asyik nk kencing tak habis2. Syukur la sebab semua test litar dengan jalan luar aku dapat buat dengan lancar. Muka pegawai JPJ tu jgn la kata. Mmg muka nk kena hempuk sebenarnya. Haha Tapi memang bersyukur sangat sebab pegawai tu pun tak la cerewet sangat. Markah pun tinggi walaupun aku rasa byk silap yang aku buat. Mungkin dia pandang sebelah mata jek silap aku tu. Fuhhh! Dah happy da..lepas ni boleh la buat wishlist yang lain plak.

Wordless Wednesday #4

Image

Gambar Jambatan Runtuh di Kalimantan,Indonesia

Image
Assalamualaikum Lebih 30 orang dipercayai masih hilang selepas jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 720 meter yang dibina menyerupai jambatan Golden Gate di San Francisco runtuh ke dalam Sungai Mahakam pada Sabtu lepas. Jambatan tersebut telah siap dibina pada tahun 2002. Punca jambatan itu runtuh tidak dapat dipastikan tetapi dipercayai bahawa satu kabel sokongan jambatan itu putus semasa kerja-kerja membaiki sedang dilakukan. "Jumlah mangsa yang terbunuh ialah 11 orang," kata ketua agensi pencari dan penyelamat wilayah Kalimantan Timur, Harmoni Adi. Semoga mangsa hilang akan dijumpai dengan selamat. Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Tokoh Maal Hijrah 1433H | 2011

Image
Assalamualaikum Ahad lepas telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433H di Puat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini mempunyai 2 kategori iaitu kategori Kebangsaan dan Antarabangsa. Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, 69, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 bagi kategori Kebangsaan. Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fuoad Abdul Salaam, 65, pula dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi kategori Antarabangsa. Selaku penerima anugerah, Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat.

Opick - Rapuh

Image
Assalamualaikum. Hye! sekarang mood kurang baik, geram sangat dengan si Dhia. Memang tak dengar kata. si Dhia Sangat susah nak lepaskan kawan-kawan..Asyik berkepit jek! Nak hilangkan bad mood tuh, aku suka sangat dengar lagu dari Opick. Tajuk lagu dia Rapuh, memang tenang bila dengar sambil faham kan setiap bait-bait lirik lagu ni. Opick ni penyanyi dari Indonesia yang membawa lagu yang berunsurkan ketuhanan. Memang tak rugi kalau korang dengar lagu dia. Sini aku ada lirik lagu Rapuh, mari kita sama-sama fahamkan setiap lirik lagu ini. Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka Tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Ku persembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidupku Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dada ku harap hanya Dirimu yang bertakhta Detik wak...

Komik hantu yang menyeramkan

Image
Assalamualaikum. Hye u ollss! check this out! awesome gila. Boleh kena heart attack kalau baca komik dari korea. Korang baca sendiri dekat sini : Bongcheon-Dong Ghost Scroll ke bawah untuk membaca cerita penuh.

Wordless Wednesday #3

Image

Senarai Peserta Segmen

Image
SEGMEN : 8 THINGS ABOUT ME http://mohamadsolehin.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 1. http://beautyshinju.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me_20.html 2. http://dalika-acalily.blogspot.com/2012/10/segman-8-things-about-me.html 3.  http://nsyammie.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 4. http://leyacasandra.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 5. http://hananhadila.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 6. http://onakdayungbiopar.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 7. http://mlolipop.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 8. http://kehidupancalonupsr.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 9. http://glitterteenager.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 10. http://liyaabloggies.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 11. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2012/10/segmen8-things-about-me.html 12. http://ninagadisslumber.blogspot.com/2012...

Jom Sarapan!

Image
Good Morning u ollss!! hari aku terbangun awal pulak. Dh berdua jek dalam bilik nih. Yang lain dah balik. Seram jugak rasanya. Haha Baru pukul 6.00 pagi, perut dh berkriuk-kriuk, merengek nak makan. Apa lagi, aku terus capai koko krunch dengan full cream milk. Nyum nyum, sedap pulak rasanya!! Punya la selebet, sampai makan dalam jug. Haha tumple ware semua dah simpan dalam beg. Malas nak selongkar balik. Rasa bosan pulak bila kawan-kawan ramai yang dah balik. Nak duduk sini sampai hari sabtu. Alahai! boleh bengkak otak dibuatnya. Nak tengok movie, drama pun dh bosan. Tak ada benda lain ke yang boleh aku buat. Nak main game. Game semua tak besh-besh. Tido lah jawab nya. Haha

Wordless Wednesday #2

Image

Dh Habis dah.

Assalamualaikum Hye bloggers! Dh lama sangat tak update blog. Sebelum nih, aku sangat la busy. Alhamdulillah, hari ini sempat nak post something. Final exam pun dah habis. Baru jek tadi selesai. Lega rasanya bila dh lepas semua paper. Lepas risau bila nak tunggu result plak. Kepada kawan-kawan yang dh sem akhir nih, HAPPY GRADUATION!! Aku ada lagi dkt segamat nih. Jadi junior la lepas nih. Haha

Blog Review 2 JOM TEKA! #1

Image
Ok hari ni aku nak sambung blog review, lagi 3 blogger sahaja akan di-review mari kita terjah blog teruna sorang nih http://putrakakashi.blogspot.com/ seorang putra berasal daripada Langkawi Nickname Awie Dia nih wing-mate aku sebenarnya, so kitorang kenal antara satu sama lain. Haha Blog dia simple but nice Aku suka baca blog dia sebab dia guna ayat yang 'selamba' aku suka ada logo UiTM di hatiku :) Dia sayang sangat-sangat dengan classmate, banyak gila gambar tuh. Jealous i! dia nih MPP. Haha kena jugak mention! :) Jom singgah blog awie! Tak rugi korang blogger seterusnya adalah http://qweenzsixthlurve.blogspot.com/ Cik Dara Kampung berasal dari Pekan, Pahang Header blog dia cantik Hamster dia comel! :) Perempuan memang sweet kalu dengan colour Pink blog dia cantik, simple, ah! memang suka lah mudah nak baca sebab font dia size besar ayat-ayat dia pun simple, selamba dek jek widget dia semua tersusun, suka ...

Lailatul Qadar

Image
Alhamdulillah, hari ni dah sampai 20 Ramadhan. dah nak sampai penghujung Ramadhan da pun. Kebiasaanya 10 malam terakhir ni la ramai yang ternanti-nanti tak sabar nak jumpa dengan malam tuh. Korang tahu malam apa tuh? Di dalam khutbah nabi S.A.W yang panjang, sewaktu menyambut bulan Ramadhan, diantaranya nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya telah sampai kepada kamu bulan mulia bulan mubarak bulan yang berkat yang padanya ada satu malam beribadat padanya lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatulqadar, seribu bulan lebih kurang 83 tahun 4 bulan. Begitulah istimewanya malam Lailatulqadar". Bulan Ramadhan ini mulia kerana antaranya ialah 1. Turunnya Al-Quran Al-Karim yang menjadi panduan dan pertunjuk di dalam kehidupan manusia; serta 2. Turunnya para malaikat pada suatu angkatan besar yang penuh bercahaya gilang ¨ gemilang yang disertai oleh Jibrail untuk memberi penghormatan kepada orang yang berpuasa ikhlas, dan untuk menyaksikan amal ibadah mereka...

Blog Review JOM TEKA!

Image
Good Morning bloggers! Ok, aku dah buat blog review pemenang JOM TEKA! so, jom kita terjah Cuba tengok  header dia. Cantikkan? simple jek.  Nama owner blog ni pun dah mention dekat header tuh,   FATIN DIANA , berumur 18 TAHUN dan berasal BANDAR DAMANSARA blog dia sangat-sangat la RINGAN , kejap jek loading dia   SERONOK baca entry dia Penggunaan bahasa yang mudah DIFAHAMI  Setiap entry dia mesti ada GAMBAR, font yang digunakan pun simple, MUDAH nak baca cursor dia sangat COMEL Follower dia pun dah RAMAI , WOoo Dia CANTIK! Haha  Tak rugi kalau korang follow FatinDiana, memang puas hati dengan dia punya blog! Klik banner kalau nak blog dia. Ok Blogger seterusnya adalah Fana, Boleh klik banner untuk jenguk blog dia Aku suka font Century Gothic , bulat-bulat jek font-nya Widget Fana semua TERSUSUN , tak sakit mata pun tengok Blog Fana pun RINGAN jugak, sekejap jek nak loadi...

Jawapan JOM TEKA!

Image
Hye uolls! Apa macam dgn juadah berbuka puasa tadi? mesti sedap-sedap lauknya, Ok lah, tengah hari tadi aku ada buat 'game' JOM TEKA! first time aku buat benda tuh. Saja-saja jek buat 'game' tuh. Sambil ber-blogwalking tuh, boleh lah main teka-teka. Tak susah mana pun gambarnya. Aku dah ada pemenang untuk JOM TEKA! #1 ini, ada 6 bloggers yang dapat jawab dengan betul. Memang 6 orang jek yang jawab, maknanya semua jawapan betul lah. Ini gambar yang kena teka dan ini adalah jawapannya Ini adalah list pemenang JOM TEKA! Fatin Diana Fana Azie Azman AwieKashi Dara Kampung Afiqa Dayana Nanti aku akan post kan blog review untuk semua pemenang. Tahniah uolls!

Jom Teka! #1

Image
Hye bloggers! Ok hari ini aku saja-saja nak buat contest tak macam contest pun sebenarnya aku lebih suka mention game la, boleh kan? Aku namakan game ini  siapa-siapa pun boleh join. Aku akan bagi satu gambar dan korang kena lah TEKA Simple jek gambar dia, tak susah mana pun. Kalau siapa yang dapat jawapan betul,  aku akan REVIEW BLOG korang  Tak ada syarat dan terma pun kalu nak join game ini,  korang bagi jawapan dekat post ini besertakan LINK blog korang.  Game ini berlangsung selama 5 jam SAHAJA. Pukul 7 nanti aku akan tutup game ini. JomTeka Gambar ini. GAME OVER *TUTUP*

Salam Nuzul Quran

Image
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. .Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.   Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-...

Wordless Wednesday #1

Image
Thank you for reading this entry!

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

Image
Nama Panggilan Blogger: SoL Tarikh Mula Berblog: 18 Mac 2010 Rakan Blogger Terkini: 109 Target Tambah Rakan Blogger: tak kisah la berapa pun, lebih baik ada daripada tak ada :) Click banner kalau nak join =) Thank you for reading this entry!

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda

Image
Hye uollss! Ok hari nih aku nak join segmen dari RELAX SEBENTAR. Jom ramai-ramai join segmen nih, tak rugi apa-apa pun. Click jek banner dekat atas tuh kalu nak join. Ok Thank you for reading this entry!

Under Construction

Image
Hye semua, just nak bagitahu buat sementara ini blog SoL under construction, banyak benda nak kena adjust balik. Korang boleh baca lagi blog nih. Cuma mungkin ada yang berterabur la sikit. Apa-apa pun. Thank you for reading this entry!