HomeTown

Hye semua!! Hari aku nak ceritakan serba sedikit tentang tanah kelahiran aku yang amat aku banggakan selama ini..Korang tahu tak aku lahir dkt mana?? Cuba teka..
Pernah dengar Muar?? Mesti pernah dengarkan..Aku dilahirkan di Muar,Johor. Muar ni merupakan bandar kedua terbesar selepas Johor Bahru..So,boleh sesat kalau tak tahu jalan dekat Muar nih..Ok disini aku ad sedikit sisipan untuk korang mengetahui lebih lanjut tentang Muar..
 ~WELCOME TO MUAR~
Inilah Jambatan Sultan Ismail yang menghubungkan Bandar Muar.
Muar ni berada di hujung muara Sungai Muar

Selepas u all turun dari jambatan..Benda pertama u all akan nampak ialah benda alah ni.Ini mercu tanda Bandar Muar..Kalau hari minggu, bangla2 mesti lepak sini, berduyun-duyun datang..

Ini Masjid Sultan Ibrahim II yg terletak dibelakang kilang ST dan ia tersorok sikit..U all akan jumpa Masjid ni sebelum naik jambatan..

 Ini Bangunan Sultan Abu Bakar..Bangunan nih berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Muar
~aku buat IC dkt sini lah

Ini Masjid Sultan Ibrahim I..Masjid nih terletak dekat Tanjung Emas..

Ini Bangunan Sekolah Tinggi Muar. Dekat sekolah nih semua budak lelaki, hanya ad girl2 bdk Form6.

Ini Istana Hinggap Sultan Johor..Istana nih dikawal rapi siap ad pengawal dkt dpn tuh..
Ad parkir helikopter lagi tuh..

Ini pula adalah Dataran Tanjung Emas..Banyak juga event yg dh buat dkt sini seperti Sua Rasa Tv9, Sinar FM  dan banyak lagi..

Benda nih menghadap Dataran Tanjung Emas

Ini Jambatan Muar kedua..Baru dibina untuk kurangkan kesesakan di jambatan lama..Lalu jambatan ni boleh terus sampai rumah aku.

Dulu Muar ad Stesen Keretapi..Namanya Muar State Railway.
Sekarang dah tak ad..Rail ni dulu bawa bijih besi dan penumpang di Jln Temenggong Ahmad

Beca Muar nih terletak di sempadan Muar dengan Sungai Rambai,Jasin

Ini shopping complex paling famous dkt Muar

Muar memang kaya dengan warisan..Bangunan lama ini disepanjang Jln Maharani

ABC dan Rojak Petis jugak famous dkt Muar


Makanan tempatan paling dikenali ialah Mee Bandung Muar dan Sate Muar..
Muar nih merupakan salah satu tempat yg menghidangkan sate sebagai sarapan pagi.

Ok sampai sini dulu..mungkin ad lagi tentang my hometown..tata~!! =)
 

Comments

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer