Pages

6/17/11

Pindah Randah

Assalamualaikum

Hye semua!
Alhamdulillah, sempat jugak aku nak update blog nih.
Dah lama jugak tak update. 
Al maklum la kan. Sem nih memang busy banyak.
Assignment dah berlambak atas meja.

Suka sangat buat last-last minute.
Kerja yang perlu submit 2 minggu depan dah siap dah padahal assignment yang esok nak kena hantar tak siap lagi. Apa la aku nih.
Bengong.
Selain masalah assignment, sekarang nih aku hidup dalam keadaan pindah randah.
Dah macam orang nomad dekat Sabah tuh.
Hari ini tido dkt kolej, esok plak tido luar.

Bukan apa, aku sekarang nih masih dalam proses rayuan kolej.
Budak rayuan semua terpaksa tinggal sementara dkt villa UiTM Johor.
Ok lah tinggal dekat villa nih. Aku duduk dalam 4 malam jek.

Ada member aku ajak aku lah lepak-lepak dekat rumah dia.
Urm, aku pun tak kisah lah. Suka jugak bila lepak dekat luar.
Bebas la jugak kan.

Aku ada jugak lepak dekat bilik member aku, Ardana Raffali and the Gang!
Selalu jugak lepak dekat bilik dia.
Best la duduk dengan bestFriend kan.

Aku malas nak naik Villa tuh. Jauh la jugak kalu nak gerak ke kelas.
Bilik dia jugak memang seram..Tapi alhamdulillah, selama aku dengan member duduk dekat sana.
Tak ada perkara pelik bin ajaib berlaku lagi.

 Result rayuan pun lambat Gila nak keluar.
Tak tahu la bila nak annouce kan.
Harap-harap aku dgn kawan-kawan semua dapat la tinggal dekat kolej.
Susah la wei kalu duduk luar.
Dah banyak kali la aku lepak luar, memang makin terhakis duit aku dalam bank.
Tak sah la kalu tiap-tiap minggu withdraw.

Aku memohon kepadaMu ya Allah, permudahkan lah urusanku didunia dan diakhirat.
Panjangkan la umur kedua ibu bapaku,
berkati la kami, lindungilah kami daripada azab api nerakaMu ya Allah.
Bimbinglah kami ke jalanMu ya Allah.
Amin. 



1 comment:

  1. salwa buat GA. jemput tuan blog tengok hadiah. kalau nak jadi sponsor, bagitau okay?
    :)

    http://salwaismail.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)