Aku Dan Praktikal - Part 1


Alhamdulillah, Dah nak masuk 1 bulan setengah aku menjalani latihan praktikal. Aku dan sahabat aku memang plan nak praktikal sama-sama. Syukur, kami berdua dapat tempat sama, takut jugak kalau berpisah..Selama 3 bulan aku akan menjalani latihan praktikal/industri di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).


Malam sebelum daftar esok pagi tu, memang tak boleh nak tidur. Perasaan bercampur baur. Ada rasa excited, suka, sedih, takut dan macam-macam lagi la. Memang tak senang duduk dibuatnya..Segala borang, surat dah prepare awal-awal. Baju, seluar dah siap gosok dah. :]


 Fisrt day, semua berjalan dengan lancar. Mula-mula sesat jugak nak mencari  office unit ict HPSF ni, akhirnnya, jumpa jugak dekat lorong yang sedikit tersorok. Bila masuk, diri ini dilayan macam nak interview, memang nervous duduk depan boss. Mengigil dibuatnya. Tapi, Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar.. hari pertama memang kekok, duduk diam jek dalam bilik. Masing-masing buat kerja sendiri. Takut jugak sebenarnya bila nak bergaul dengan staff-staff yang berlagak senior ni. :P


Aku selalu fikir praktikal ni macam kerja jugak. So, kita kena fikir yang biasalah kerja bawahan macam-macam benda kena buat. So nak tak nak, kena buat jugak. Kerja ni kena la ada mood baik, Kiranya kerja ni kenalah rasa seronok. Baru lah tak rasa penat sangat.


Zaman sekarang ni, semua kerja ada bersangkut paut dengan teknologi. Macam-macam gelagat aku jumpa. Sikit-sikit call unit ict. Benda simple jek, tapi disebabkan mereka tak tahu macam mana nak handle benda tu. Terpaksa la kita menjalankan perkhidmatan/servis kita sebagai juruteknik/programmer. Tapi its ok, aku suka macam tu sebab aku akan explain apa masalah yang berlaku dan cara nak handle jika berlaku lagi selepas ini. Kiranya, kalau ada berlaku masalah yang sama. Mereka tak payah susah nak call technician.

Okay, lepas ni aku nak ceritakan sedikit pasal staff-staff yang aku dah anggap abang,kakak aku sendiri. ;)

Jumpa lagi, salam.

Comments

  1. HEHE... betul3x benda simple pon kena explain. apa-apa pon sbb mereka tidak tahu. Kita y tahu mengajar la jdinya... :3 kadang2 rasa nak tergelak pon ada. He...

    ReplyDelete
  2. awal sem dpn pn da nak praktikal..
    x sabar but at the same time takut gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau difikirkan selalu, memang la nervous. tp insha allah, boleh tempuh punya. aamiin :)

      Delete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer