Apa pendapat korang semua?


Astaghfirullah, sekarang ini timbul isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible versi bahasa Melayu telah diperkotak katikkan oleh Lim Guan Eng, isu ini sememangnya menimbulkan kemarahan dan kecaman pelbagai pihak yang meminta Guan Eng menarik balik kenyataan yang dianggap sengaja menghina umat Islam di negara ini.

Sebagai seorang Muslim, aku memang tak bersetuju dengan isu yang dibawa oleh Guan Eng ni. Kenapa kau nak guna kalimah ALLAH didalam Bible versi bahasa melayu?
Guna lah nama Tuhan kau sendiri, kenapa nak guna kalimah ALLAH.

Mari kita selami tafsir ayat al-quran daripada surah Al-ikhlas.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
1. Qul huwa Allahu ahad
2. Allahus-samad
3. Lam yalid walam yulad
4. Walam yakun lahu kufuwan ahad

Terjemahan:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Daripada ayat diatas, kita sudah sedia maklum. Dah boleh faham bila baca terjemahan surah al-ikhlas ni. Tuhan kau tidak sama dengan Allah taala.

Aku tak nak bakal anak-anak aku mempersoalkan kenapa nama Tuhan dia sama dengan Tuhan kita? Apa benda yang aku nak jawab? Jangan disebabkan isu ini dihalalkan, generasi akan datang mempersoalkan apa yang pemimpin dahulu telah lakukan?


Aku tertarik dengan statement kawan aku didalam facebook.

Aku pun tak pandai sangat bab-bab ni, kalau bab asas tu aku tahu. Jadi,aku tak nak la cakap banyak-banyak. Cuma aku minta pendapat korang, mungkin ada sesiapa yang banyak ilmu boleh di-sharekan diruangan komen dibawah. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer