Hukum bercakap ketika Khatib berkhutbah

Assalamualaikum..
 hye apa khabar girlz and boyz? harap korang sihat walafiat..
hari ni ad story la nak kongsi dengan korang..hari Jumaat hari tuh bersamaan 21hb, aku and the gang pergi la nak tunaikan solat jumaat. kebiasaannya kami pergi ketika azan pertama berkumandang tapi hari tuh terlambat la sedikit.
Bila sampai sana, tengok orang dah ramai. kami pun terpaksa la duduk dekat luar masjid.
Nasib baik la ad tempat nak duduk. lepas tuh dengar la khatib sedang berkhutbah. Sedap2 khutbah sedang dibacakan, terdengar la telinga orang tgh sok sek sok sek bercakap dkt sebaris dgn aku..aku diam jek. lantak la korang kan. tapi makin menjadi la plak siap boleh ketawa2 la plak tuh.
aku makin berkerut la dahi ni ha tgk perangai diorang tuh.
x belajar adap ke??
walhal sebelum khatib berkhutbah memang dh diingatkan pun supaya senyap dan taat mendengar khatib sedang berkhutbah.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ulama berbeza pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat. Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat namun solat Jumaatnya tetap sah. Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer