Posts

Showing posts from October, 2015

Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 3

Image
Okay kita sambung balik cerita pasal Gunung Datuk, cerita sampai aku naik tangga kedua, kami sampai di checkpoint 2 dalam pukul 5:30 pagi. Jadi, masa tu keadaan sekeliling masih lagi gelap. Itu yang buatkan aku seram sejuk nak panjat tangga tu. Tapi terpaksa lah juga aku panjat, serius! memang menggigil kepala lutut ni. Bila dah separuh tangga, kaki kiri aku cramp, hanya Tuhan yang tahu betapa sakit nya bila kena cramp ni. Aku terpaksa peluk tangga tu sebab aku takut kaki kanan aku jugak cramp. Nanti tak pasal-pasal aku boleh jatuh tergolek mcm nangka busuk.  Gambar dekat atas ini lah tangga kedua yang seram banget. Dekat 10 minit lah jugak aku dekat tangga tu sebab memang tak boleh nak bergerak, kaki tak boleh bengkok masa tu. Tapi lepas dah kurang cramp, aku cuba panjat lagi walaupun sakit tu tetap ada lagi. Panjat punya panjat, tiba-tiba botol mineral aku terjatuh jauh masuk celah batu besar. Punya lah terkejut dibuatnya, dah lah itu je mineral yang aku ada. Beg tak ikat...

Favourite Song - Hidup Segan Mati Tak Mau (Gamma1)

Image
Rasa tenang je dengar alunan lagu ni. Lagu ni memang sesuai untuk orang yang tengah frust menonggeng putus cinta. :(   Howww Hoooooo Semuanya telah kuberikan Harta cinta dan kasih sayang Apa yang belum kau dapatkan Bahkan nyawa ku pertaruhkan Kini kau hilang bagai ditelan alam Aku disini tersakiti Hidup segan mati tak mau Saat aku pisah dari mu Pahit rasa nya gula Manis rasa empedu ku rasa Engkau pergi tanpa berita Habis kisah tutup cerita Menagis dalam tawa Senyum dalam derita kurasa... kurasa Apa yang belum kau dapatkan Bahkan nyawa ku pertaruhkan Kini kau hilang bagai ditelan alam Aku disini tersakiti Hidup segan mati tak mau Saat aku pisah dari mu Pahit rasa nya gula Manis rasa empedu ku rasa Engkau pergi tanpa berita Habis kisah tutup cerita Menagis dalam tawa Senyum dalam derita kurasa Howww Hoooooo Howww Hoooooo Hidup segan mati tak mau Saat aku pisah dari mu Pahit rasa nya gula Manis rasa empedu ku rasa Engkau pergi tanp...

Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 2

Image
Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 1 Kita sambung cerita mendaki Gunung Datuk. Cerita panjang sangat. So, terpaksa lah aku pecahkan. Ini memang first time bagi aku mendaki waktu malam. Sooooo exciteddddd you knowww! Seramai 15 orang yang sertai expedisi ni. Kami berkumpul di Petronas MiTC. Kami bergerak dalam pukul 12 lebih dengan 4 kereta. Kami masuk tol ayer keroh dan keluar di tol simpang ampat. Perjalanan dari tol simpang ampat hingga ke kawasan Gunung Datuk, boleh tahan jauh la jugak. Alhamdulillah, kami selamat sampai dikaki Gunung Datuk walaupun sebelum ada 1 kereta sesat sekejap. Berkumpul dulu di kaki Gunung Datuk, dengar sedikit brief dari En.Umar dan dimulakan expedisi dengan bacaan doa. Kami mula mendaki lebih kurang dalam pukul 2 pagi. Tujuan mendaki diwaktu malam adalah untuk mengelakkan kami yang masih anak-anak kecil ni tidak patah semangat bila melihat trek yang super duper mencabar naluri kejantanan. kahkahkah ;) Mula-mula kami bergerak dalam 1 tea...

Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 1

Image
Alhamdulillah, sekarang aku sudah menjalani latihan industri di satu syarikat IT di MiTC. Syarikat Tuffah Informatics yang diketuai oleh Encik Umar Mukhtar. Dia lah bos dalam Tuffah dan merupakan alumni UTEM. Aku dapat tahu pasal Tuffah ni pun daripada Hatta, kawan sekolah aku. Dia pernah jumpa Encik Umar dalam kursus Infosys dan Hatta juga pernah latihan industri di Tuffah. Sekarang Hatta dah jadi staff Tuffah. So, sekarang ni aku dengan Amar pun LI dekat Tuffah Informatics. Kami mula LI dalam 24 Ogos hingga 8 Januari 2016. Insha Allah, tolong lah doakan supaya kami cepat-cepat grad. :) Okay, aku nak bercerita pasal benda lain sebenarnya. Cerita pasal mendaki Gunung Datuk dekat Rembau, Negeri Sembilan. Rembau most wanted yoooo!! Expedisi ini pun dianjurkan oleh bos aku sendiri, Encik Umar. Dia nak wujudkan aktiviti sihat dikalangan pekerja dia. Dia tak nak lah kita ni asyik mengadap laptop/komputer je setiap masa. Tak nak lah jadi anti sosial pulak. Kalau boleh, selain pr...