Semester 5, proposal FYP


Dh pukul 1:24 pagi dan aku masih tak tidur lagi. Kelas pack sampai ke petang. Dah sampai rumah,badan terus rasa lemah dan rasa mengantuk aje. Itu petanda otak kita lemah. So, aku perlukan tidur yg cukup..padahal selama ni aku terlebih tidur. Lepas isyak, aku dh tak tahan sangat terus aku tidur sampai pukul 10. Kenapa lah tak terus tidur sampai bangun 7 pagi esk..sekarang ni aku dh tak boleh tidur. Habiskan tengok 1 movie and now aku tak tahu nk buat apa. Bilik dh gelap. Amarul dh dibuai mimpi. Maka terciptalah entri untuk permulaan November ini..Panjang gila intro aku..kihkihkih


 Smlm hari isnin aku ada 2 test untuk yg pertama kali bagi semester 5 ini. Subjek security dan algorithm, sebenarnya aku memang tak bersedia lagi nk jawab test sbb tak cukup preparation. Aku sibuk buat flowchart untuk FYP. Semester 5 memang semester yg tough untuk semua student degree especially student FSKM. Kenapa aku ckp mcm tu? Sbb masa semester 5 ini lah, kami kena buat proposal FYP. Waktu ini lah kami kena cari supervisor (SV) dikalangan lecturers kami.

picture from http://ufoyexo.twomini.com/

Aku cari supervisor pun last minute, sebab tak ada tajuk lagi. So, aku kena fikir dulu nk buat projek dlm area apa (1) dan problem statement, masalah apa yang timbul yg selalu berulang dan perlukan penyelesaian (2).

1)      Projek area ni penting, sekarang area yg paling popular adalah mobile application dan web based design. Projek area banyak, tp 2 area ni jadi pilihan ramai student. Kena pilih lah mana yg mampu boleh buat. Projek area aku adalah mobile app, aku tak tahu langsung pasal mobile app. Yg aku tahu mobile app ada java programming dan aku pilih android berbanding ios. Android free, banyak resources.
2)      Problem statement. Kena cari masalah.. bukan cari masalah/pasal dengan org tau. Hehehe *ketawa gatal* kau cari masalah yang common dan jadikan sebagai idea untuk cipta 1 projek yg membantu utk selesaikan masalah tersebut…haaaaa ce fikir, ce fikir *sambil buat gaya tangan usop welcha*

Dah ada semua tu, baru lah korang cari SV..itu lebih memudahkan SV sbb dh imagine what your plan and what you want to do, dan kalau problem statement korang okay, maybe SV terus ambil korang. Senang, tak payah nk survey lecturers lain. Kan?

Alhamdulillah, pada awalnya aku dapat cari 1 SV dan beliau masih available lagi means ada quota lagi untuk terima student. Maka aku dan my besfriend, amarul telah di-book dan kami pun terima dengan senyuman sampai ke telinga. Lega sebab tak payah nak cari SV lain.
Lepas tu sign beberapa borang dan secara official nya beliau adalah SV aku. Yeah! Selepas tu, setiap minggu kena jumpa SV untuk bincang pasal progress project. Untuk langkah pertama kenalah siapkan chapter 1 iaitu introduction your project. Dlm chapter 1 tu ada background of study, problem statement, research question, objective, scope dan significance. Aku buat chapter 1 sampai 3 draft untuk dapatkan chapter 1 yg bagus. Turun naik jumpa SV untuk semak, memang tension SV bila baca essay aku dgn grammar tunggang langang. Sorry ye miss! J

Tapi beberapa minggu lepas tu aku dapat bad news, ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari…..

continue next entry
 
picture from http://www.keepcalm-o-matic.co.uk/

Comments

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin