Aku Pelajar UiTM Shah Alam.


ambil mood dengan mendengar lagu Diandra arjunaidi sambil nak buat entry baru untuk blog aku yang dh lama tak di-update. Selalu juga aku buka tapi tak update sebab mood tak ada lah. Kalau aku nak update, aku suka privasi. Tak boleh fokus kalau x ad privasi. Ada jek hamba Allah yang duk sibuk kacau.

Okay, aku just nak cerita la yang aku dh sambung degree. Alhamdulillah, dapat sambung jugak kan. Excited jugak la kan, sebab dapat belajat dekat tempat baru, dapat kawan baru. Insha Allah, harap-harap tak culture shock sangat la kan..

maaf lah yek, entry bercampur aduk. almaklum la, banyak benda nk dicerita.

mula-mula aku nak ucapkan la terima kasih kepada keluarga dan pakcik, makcik aku yang sudi hantar aku untuk daftar pelajar dari Muar hingga ke UiTM Shah Alam ni. Kalau tak ada mereka, aku tak sampai ke sini jugak..Mereka banyak berkorban untuk aku. Lepas kemas barang hari tu pun, aku ada lah rasa sayu dihati ini bila tengok mak bapak aku melambai-lambai dari jauh..setiap kali berdoa selepas solat terutamanya ketika solat jumaat, aku selalu berdoa kepada Allah taala. Ya Allah, kau sampaikan lah rindu ku pada keluarga ku ya Allah.. bukan nak riak/bangga, tapi memang itu yang aku selalu buat. Dengan siapa lagi kita nak mengadu selain Allah ?

Tapi percaya lah, selepas tu kita akan rasa tenang. Sebab apa, aku dh 3 minggu tak balik. Setiap minggu mesti akan ada program wajib. Memang rasa nak maki/mencarut aje siapa yang buat program...Serious ! memang panas hati betul. Nak tak nak, memang kena pergi jawabnya. Biasa lahkan kita nk student baru walaupun terus lompat sem 3. Aku ni kategori separuh student baru, separuh student lama. Hybrid la gitu..hahahaha

tapi, tak pe. cuti pertengahan semester semakin hampir, memang tak sabar nak balik kampung. cuti 1 minggu. memang aku akan gunakan dengan sebaik nya..insha Allah, plan yang baik-baik sahaja.


Ketua Program (KP) aku memang baik orang nya, manis aje muka dia. Harap-harap sampai hujung semester muka manis, takut jugak kalau dh bertukar raut muka sebab students selalu datang mengadu masalah padahal masing-masing ada penasihat akademik (PA).. betul tak ? maaf ye doktor haryati... :)

pasal suasana pembelajaran dia memang lain, kalau masa diploma dulu. aku tak ada pun mass lecture, aku banyak kelas tutorial. So, masa degree ni ada 2 kelas,  kelas tutorial dan kelas mass lecture. Kalau mass lecture, kita dengar aje lah apa yang lecture explain dekat depan, biasanya memang ramai student sebab bergabung dengan kelas lain. 


UiTM Shah Alam lebih dikenali USA atau UiTM Salam. Kampus utama ni besar sebenarnya, memang seronok la kan..kawasan memang banyak berbukit, aku suka pergi kuliah naik bus. Selalunya naik bus rapidkl, memang kena bayar rm1. Biasanya aku pergi kuliah/kelas sahaja akan naik bus. Bila habis kuliah, aku akan ramai-ramai jalan kaki. Siap la korang, sampai bilik aje. Ketiak masing-masing gerenti berpeluh. Tak usah kata la, memang berjurai-jurai peluh, sebab tu aku tak suka pergi kuliah jalan kaki. Sampai kelas jek memang fuhhhh !!

Kalau dekat UiTM Salam ni pun aku dah berpeluh naik tangga, apa lagi kalau aku naik tangga batu caves sana ? memang tak mampu..Tiap kali chit-chat dengan mak aku, aku mesti cakap pasal tangga. Mak aku biasa lah, mesti dia akan cakap "haaaa bagus la. exercise sikit. badan tu dah la makin bolat" 



memang la naik tangga itu dapat jadikan exercise tapi sedangkan orang yang kurus pun boleh sakit lutut naik tangga, inikan aku yang bolat ni....

okay la. setakat ni la aku bercerita sorang-sorang..assalamualaikum. :)

Comments

  1. hehe , sabar lahh , dugaan baru bermula tu . tengok tangga tu bukan main banyak lagi , kurus lah nanti eah , hehe :D cerita pasa UITM , rindu pulakk kat uitm jengka , huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah, yakin boleh ! B) itu baru sikit tunjuk tangga, sebenarnya ada tangga lagi curam :)

      Delete
    2. Hehehe mesti dah rindu sangat dengan keluarga ni kan ? Heeeee :D yaka ? normal lahh , UITM SHAH ALAM tu kan besar gila :)

      Delete
  2. hai2 adik la boleh katakan sebab akak dah abis study uitm. hehehe. tp kos Perhotelan n Pelancongan. baru je habis ni. tggu konvo bulan 11/12 ni. btw, welcome to UiTM Shah Alam. hihi. dulu dip mana? duduk kolej mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, dulu diploma sains komputer. duduk kolej perindu. bulan 11/12 ni pun saya konvo jugak :)

      Delete
  3. Oh uitm shah alam~

    Heheheheheh :D btw umur soul lee hin sama dengan kakak kita hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..yeke! kirim salam dkt kakak eh..hohoho =P

      Delete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer