Posts

Showing posts from June, 2013

29/06/2013 Final Piala FA (Kelantan vs JDT)

Image
Esok perlawanan akhir Piala FA antara team Kelantan dengan team Johor Darul Takzim (JDT). Mari la kita berdoa beramai-ramai agar team JDT menang untuk kali ini. Team Kelantan bagi la chance dekat JDT pulak nak menang. Asyik Kelantan jek sapu setiap tahun.. :) Yang pergi rombongan/trip/konvoi ke Stadium Bukit Jalil esok, jangan lupa supaya berhati-hati ketika memandu dan ketika berada di dalam stadium. Jaga tingkah laku masing-masing. Jangan la ada yang ter-over sangat kan sampaikan orang sebelah makan hati..... Setiap pertandingan memang adat, ada yang menang dan kalah. So, kalau keputusan dah muktamad. Sila la terima dengan redha dan jangan bertindak atau menunjuk protes disebabkan ketidak puasan hati anda ituuuu... Agak-agaknya siapa la juara Piala FA 2013 ini yek?

Jerebu

Image
Sekarang ni Malaysia dah dilanda jerebu. Aku tak tahu dari mana punca sebenar jerebu ni datang. Tapi, dengar cerita berlaku kebakaran di Indonesia. Kalau imbas kembali, memang setiap tahun akan berlaku masalah jerebu teruk.. Jerebu dekat Muar ni memang semakin teruk, paling teruk waktu pagi dengan tengah hari..Petang kurang sikit. Kalau perhatikan betul-betul, jerebu ni bawa sekali habuk-habuk halus. Kalau disedut tu memang boleh menyebabkan sesak nafas. Sibuk sikit la staff hospital Muar ni, penuh dengan pesakit.. Ada sedikit info yang digalakkan untuk kita lakukan seperti berikut: Gambar rajah di bawah ini adalah API bagi kawasan Muar. Boleh perhatikan, kawasan Muar memang paling teruk terjejas dengan jerebu.. Sekarang ni pun, aku nampak ramai dah mula pakai mask. Harap semua mengambil langka berjaga-jaga. Untuk ketahui keadaan jerebu di kawasan masing-masing, boleh la lihat di SINI

Selamat Hari Abah! :)

Okay, hari ini 16 Jun 2013 merupakan Hari Bapa. Aku lebih suka Hari Abah sebab aku panggil abah. hahaha Teringat zaman kecil-kecil dulu, aku rasa abah aku paling garang dalam dunia ni. Sebab dia tegas. Dulu anak kecil lagi, belum matang. Belum mumaiz lagi kata orang la kan. Kami 3 beradik ni suka main-main, kerjar sana sini. Lepas tu bergaduh, menangis. Hahahaha Abah aku kerja siang malam. jadi, balik mesti lah penat. Nak berehat, nak tido. Bila nak tidur. Anak buat hal pulak. Memang sorang-sorang la kena pukul. Orang dulu cakap bantai . "Aku bantai (pukul) sorang-sorang" Memang teringat sampai sekarang ni, dah jadi kenangan yang boleh diceritakan dekat anak cucu nanti. Hahahaha Kalau zaman sekolah rendah, kerja yang aku paling malas nak buat kerja tentang baiki basikal. Kalau basikal rosak, mesti aku kena baiki. Mentang-mentang la aku anak sulung lelaki yang bawah aku ada 2 adik perempuan..Memang aku jek la jadi mangsanya. Abah aku jadi mentor. Tengok dari jauh.. Le...

Gemok!

Image
2 minggu cuti sekolah pun dah nak berakhir, mesti adik-adik dah mula mengeluh dah kena set alarm untuk  bangun pagi-pagi. Aku pun macam gitu jugak, mula-mula happy la dapat cuti panjang tapi bila difikirkan semula, rugi la pulak kan cuti panjang ni. Aku rasa mcm banyak pembaziran telah berlaku. Oleh disebabkan itu, duit aku pun makin kering. Ingatkan nak berjimat cermat la sikit kan untuk 1st gaji ni tapi makin boros, sampaikan duit gaji aku tak sempat nak bagi emak abah merasa. Minta maaf sangat-sangat. Mungkin itu la sebabnya sampaikan tak berkat agaknya. Duit cepat beno hilang, tak tahu kemana tujunya. Bila dah buat perhitungan, maka banyak duit aku dihabiskan untuk makanan. Pergh! duit masuk ke dalam perut rupanya. Patut la makin chubby. Serius! baju yang aku selalu pakai pergi kerja, bila di cuba try test dah sendat sikit. Omg! Memang tak boleh cuti aku ni, kalu duduk rumah. ada jek benda nk disumbat dalam perut ni.. Lagi 1 hal, aku perasan la kan. kalau kita makan l...