Belajar sambil dengar lagu. Boleh ke??
Assalamualaikum.
Setiap manusia mempunyai pelbagai perangai, macam peribahasa Melayu 'Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam'. Tak tahu la kena ke tak ayat peribahasa tu dengan situasi aku sekarang ni. Agak-agak padan la yek :)
Seperti pelajar, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk belajar. Kalau aku la kan, waktu zaman sekolah dulu aku memang suka dengar lagu sebab nak ikut cara Che Amalina Che Bakri tu belajar. Dulu dia kan famous dapat straight A's. Tapi sekarang dah tak boleh da, adakah disebabkan faktor usia?? macam la aku ni dah tua sangat. haha
..........
Zaman dulu dengar lagu-lagu nasyid jek, tak macam zaman sekarang ni. Lagu sekarang ni dah macam-macam genre da. Dengan Kpop lain, rock lain, RnB lain. macam-macam lagi la kan. Bukan nak kutuk ke apa kan, aku memang layan semua lagu tapi bertempat la kan.
Macam cara belajar tadi, sekarang aku tak boleh belajar sambil dengar lagu. Kepala otak ni macam dah tak terurus, kepala angguk-angguk geleng-geleng dengar lagu, study macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Ada sebab kenapa aku tak sesuai belajar sambil dengar lagu ni, bagi pendapat aku..
1. Hilang konsentrasi belajar.
2. Bukan menghafal nota, menghafal lirik lagu adalah.
3. Mulut mesti nak jugak kumat kamit nyanyi lagu.
4. Kena sumpah seranah dengan member lain.
5. Kaki dengan bahu dah terikut alunan lagu, siap badan-badan sekali nih.
..........
Bukan nak condemn pelajar yang ada tabiat belajar sambil dengar lagu ni. Cuma nak nasihatkan supaya..
1. tengok sekeliling korang tu sebelum nak study, ada member-member lain ke?
2. tanya la diorang dulu, ok tak kalau ko nak buka lagu sambil study.
3. Kalau diorang bagi response positive, alhamdulillah la. tapi kalau negative, faham-faham la. Sila la pakai earphone.
..........
Ini tidak, dengan speaker home theater yang ada, buka lagu Kpop la, rock heavy metal, apa benda lagi la.. sampaikan orang lain berani sound, sedangkan roomate sendiri pendam perasaan. Kesian2.
Cuba la dengar zikir-zikir, kalau tak nak yg tu, dengar lagu sentimental dan tak berlirik/bernyanyi. Tp lebih baiklah dengar zikir-zikir. dengan hati yang tenang, kan mudah ilmu tu nak masuk. Insya-Allah lebih berkat. ;)
Minta maaf la kalau ada sesiapa yang terasa tu, 'siapa makan cili dia terasa pedasnya' Mungkin ini depends kepada individu itu sendiri, jangan fikir kan diri sendiri jek. Ingat orang lain jugak. bye2!
saya setuju tu. for me biasanya study sambil dengar lagu ni bila nk buat kira-kira. tapi kalau subjek yang kena baca x sesuai pulak. betul juga, depends cara orang tu belajar. dan jangan syok sendiri bila buka lagu. tengok sekeliling dan kalau perlu seelok-eloknya pakai earphone.
ReplyDeletedepends kepada orangla,
ReplyDeleteada orang ok je kalo dengar lagu sambil belaja..
ada orang memang pantang kalo kalo ada orang muzik pastu menganggu orang nak belaja..
kadang2x orang tak pandai nak jaga hati kawan, asyik memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa mengambil peduli tentang kawan...
harus diingatkan kesabaran ada batasnya..
pkai je la wireless haih
ReplyDelete