Membebel Tengah Malam

hey guyss

dalam keadaan mengantuk jugak lah aku taip story ni.

acah-acah tulis story dalam buku diary sebelum tidur gituwww.. hahaha

nak luahkan sikit la perasaan ni, especially untuk lelaki acah-acah jantan sangat diluar sana.

aku pun lelaki jugak kan, tapi tak berapa nak jantan sangat.. kahkahkah

aku ni baru je cuci pinggan mangkuk yang tersadai selama 2 hari.

what the hell!!

bukan nak bangga diri, sebab aku rajin nak cuci semua pinggan mangkuk tu

tapi sebagai anak lelaki, sila bertimbang rasa sikit dengan mak kita

ambil peluang ni, untuk ringan kan beban dia.

dah la kain baju, spender kau pun mak kau yang basuhkan, siap idai, lepastu lipat lagi. dah tu siap tolong simpan dalam almari lagi.

kerja kau tukang kembur baju yang mak kau dah lipat tu. tolong eh. jangan jadi pemalas.

apa salahnya kau tarik elok-elok baju tuu. kalau yang terkeluar tu, susun balik cantik-cantik.

apa jenis perangai syaitonnnn ek kau ni.

*gaya macam marah aje* hahahaha

apa kaitan baju dengan pinggan ?

hahaha

apa yang aku cuba sampaikan disini adalah, kita sebagai anak kena tolong ringan kan beban ibubapa kita.

bab pinggan ni, aku lagi angin. kau dah makan kan, lepas makan kau basuh tangan. jadi, apa salahnya kau basuh sekali pinggan yang kau dah guna tu.

pening melayan kerenah manusia pemalas macam ni. kalau aku ni boleh tension tengok pinggan tinggi menggunung, apa lagi perasaan mak kita tu?

dah la dia penat masak, kita sedap makan aje, lepastu tinggalkan pinggan kotor.

kecik hati mak kita bila kita buat macam gitu. penat memasak tak hilang, lepastu tambah penat bila nak basuh pinggan korang lagi.

Bila penyakit malas dah datang, sama je perangai, tak kira lelaki atau perempuan. memang pemalas nauzubillah.

lelaki tolong la rajin tolong mak dekat rumah ye. biar jadi tabiat untuk tolong kemas rumah supaya tabiat ni boleh bantu isteri korang nanti bila dah bernikah.

lelaki tak boleh lepas tangan je, semua benda orang perempuan kena buat. tak boleh guysss. jangan macam gituu.

kesian orang perempuan, kita mungkin penat dari segi tenaga, tapi orang perempuan penat dari segi emosi, banyak makan hati orang kata. hahaha

sebab tu orang perempuan banyak bebel. dia bebel je dari pagi sampai ke malam, ada je benda tak kena nanti. korang juga yang kena hadap nanti. huhuuhu

okay pesanan terakhir, jangan susahkan hidup orang lain. Itu je, hahaha

Good night.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer